Friends Of STAR - Tahun Baru, Azam Baru
Belum pun setahun FOS ditubuhkan kita telahpun mengadakan beberapa program untuk membantu STAR. Kita telah membiayai pembinaan pintu pagar baru, membiayai penyewaan bas untuk Final Bahas Perdana, memberi dermasiswa kepada pelajar miskin STAR dan selain daripada itu kita juga telah membantu untuk memperolehi dana daripada Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pelajaran kepada STAR.
Pada tahun ini keutamaan kita ialah untuk mengadakan Kejohanan Ragbi Antara Sekolah Peringkat Antarabangsa. Kita bukan sahaja mampu memperolehi dana untuk projek ini tetapi juga mampu, dengan kerjasama guru-guru saperi Naha dan Azhar, menguruskan projek ini. Bagaimanapun kita perlu mengkaji lebih mendalam tentang masa yang sesuai untuk projek ini. Sekiranya berjaya ia akan menempatkan STAR sebagai sekolah terkenal dalam arena ragbi diperingkat antarabangsa.
Pada masa yang sama terdapat tindakan-tindakan negatif saperti yang dibuat oleh orang kuat STAROBA yang cuba menggagalkan pemberian dana khas oleh Kementerian kepada STAR. Dana tersebut bukan untuk FOS dan kita hanyalah fasilitator dan tindakan beliau jelas menunjukkan betapa sempitnya pemikiran sebahagian daripada murid-murid tua STAR. Kita disalahkan kerana memecahbelahkan bekas pelajar sedangkan fungsi kita tidak ada kaitan dengan STAROBA. Kita hanya membantu sekolah dari segi kewangan dan material dan tidak lebih dari itu. Sekiranya STAROBA berkemampuan membantu STAR tidak ada sebab untuk kita terus aktif. Tetapi pokoknya STAROBA gagal dalam tugas ini dan hanya mampu beromong kosong saja.
Saya berharap kita terus berusaha membantu sekolah dengan harapan pada tahun 2011 lebih banyak dana boleh disalurkan kepada sekolah.
Terima kasih
GIVING BACK TO THE SCHOOL WHAT THE SCHOOL HAS GIVEN US
Terima kasih
ROSTAM WAHIDIN