Search

Follow Us

Cerita Pi Lah......

Bila kita Starian bertemu semula banyaklah cerita cerita. Kadang kadang cerita semula. Kalau jumpa 100 kali, 100 kalilah dicerita semula.

Cerita akan berkisar pada experiences peers mereka. Yang bestnya, walaupun kejadian berkenaan terjadi pada orang lain, tetapi ingatan orang yang tak ada kena mengena lagi hebat. Mungkin orang yang involved ingin lupa atau mudah lupa. Selalunya ada saja reporter yang ingat akan kejadian dan suka cerita semula. Saya juga mungkin jenis ini punya reporter. Yang saya nak ceritapilah mungkin dah banyak kali digengar kumpulan saya, tapi yang lain ambil iktibar atau hanya sebagai jenaka.

Remove Class

Zaman saya ada remove class. Dalam Bahasa Melayu di panggil kelas peralihan. Kami dari sekolah Melayu dan mungkin perlu diremovekan segala ilmu dalam bahasa Melayu. Saya tak tahu kenapa dipanggil remove class.

Saya juga dari kampung dan ini kali pertama keluar daerah dengan menaiki kereta api. Setiap kali saya lihat bangunan besar dan kawasan besar along the railway track saya meneka mungkin itu sekolah saya.

Di hari pertama sekolah kami diclass yang berada di salah satu asrama. Bila guru darjah masuk agenda pertama beliau ialah melantik ketua darjah. Soalan beliau " who can speak english" tak banyak yang respond. Sama ada tak dengar atau tak faham, saya pun tak tahu. Tapi saya tak faham. Hanya seorang yang angkat tangan dan dia secara automatic di lantik "monitor". Kami dah belajar perkataan Inggeris pertama yang hebat"monitor". Beberapa ketika kemudian kami diajar tentang monitor lizard dan ketua darjah kami pun lekatlah gelaran "monitor lizard". Tak tahu saya for good or for worst.

Ketika diremove kami belajar rajin takut gagal dalam subject dan ingin dipileh masuk keclass A. Satu rotan untuk setiap subject yang merah. Dapat mrah sungguh memalukan sepatutnya tetapi bila banyak orang yang dapat merah, dah jadi norm pula. Ada satu kawan dapat markah rendah sangat dalam Agama. Apabila diberi markah, muka dia berubah. Kata Ustaz, " merah pun markah juga"

Remove class diasingkan dari seniors dan dikumpulkan di remove block. Kerana kumpulan ini akan bersama dalam masa yang paling lama eloklah mereaka kenal mengenal lebih lama. Hari ini jika ada perjumpaan murid tua mereka nescaya akan kekal dalam kelompok yang sama. Cuma belum lagi saya dengar mereka berbisan atau berbiras bersama.

Saya teringat pada kumpulan saya, yang sangat minat terhadap sukan cricket. Apabila melihat cricket dimain dipadang, besoknya ada kumpulan yang berminat mencari papan dan membeli aiskrim bola untuk bermain cricket dibelakang asrama. Tempat kami main adalah laluan six formers tapi tidak pernah kami takut dibuli. Creativity dan innovativeness tak takut buli.

Minat sukan bermusim. Ketika musim olahraga, yang tak dapat medal boleh berusaha mendapat hadiah di sukan olahraga asrama remove block. Ada organiser buat sukan lari dalam dorm dan keliling corridor. Hanya hadiah tak seberapa. Organser ini sehingga kini masih kekal dengan ability beliau untuk organise apa saja event. Di STAR, kita adakah ruang belajar manage dan organise event?

Rugby inter remove Class

Dulu ada inter school antara remove class. Tahun itu STAR bermain dipadang lawan, SDAR Tanjung Malim. Satu busload ke Tanjung Malim. Kita menang.

Apabila ada tournament rugby seawal remove class, introduction seawal itu kekal sehingga pasukan kumpulan yang sama berkembang menjadi johan Perak dan Malaysia. Pasukan SDAR sezaman tak mampu mangkit dari kekalahan pertama.

Standard Test

Setiap orang diwajibkan 6 events. Saya dinasihatkan supaya ambil 1,500 meters kerana senang lepas. Pikirkanlah berlari 5-6 minit untuk dapat 1 mata. Apakata gagal? 5-6 minit berlari untuk gagal satu mata. Lebih baik gagal 100 meter. 15 saat berlari dah tahu lulus atau gagal. Semua orang bersungguh2 untuk mengutip mata for the house. Sanggup compete dan mahu membantu rumah. Spirit kesukanan tinggi. Semua orang belajar jadi performer.

Art

Kami ada kelas lukisan. J A David gurunya. Dulu tak terasa keilmuannya tetapi setelah bekerja dan beranak pinak dan ada syarikat sendiri baru terasa perlunya belajar art. Satu area yang sangat saya menafaat ialah perlunya melihat setiap issue dari berbagai "perspective". Dulu J.A. David ajar melukis dari perspective front, side dan top elevation mungkin untuk dikembangkan ketika melihat issue2 kehidupan kita.

Kaya

Dalam kumpulan kami ada miskin dan yang kaya raya. Tetapi kerana kami diletakkan dalam satu perkampngan, yang kaya pun snggup jadi papa kedana. Bila yang kaya diannounce didinning hall yang dia ada registered letter, sepatutnya dia menjerit"aku kaya, akau kaya" tetapi tidak, orang lain yang menjerit gembira, mengetuk meja dengan camca. Itu kongsi namanya. Salah seorang kaya ini memang menjadi kaya raya. Allah menjanjikan setiap sedekah akan berkembang menjadi 700 ganda. Kak melah,jual nasi lemak 2 ke 3 bakul pada sikaya ini dan ramailah seperti sekawan itek berkawat kedinning hall untuk makan bersama ketika recess. Kongsi namanya.

Miskin

Yang miskin, memang miskin sungguh. Yang hanya harap duit scholarship federal minor pun ada. Satu penggal sekali, bila dapat scholarship boleh berbelanja. St Sebestian, levis, kacang melembu dan red dates guarantee beli punya. Makan kenalah di restaurant Sumatra. Ada hidang lebih sikit seperti sayur sup sawi dan ayer botol seperti vimto, sinalco atau kickapoo. Tak puas minum boleh pergi kewarong Hugh Low Street ada jual ayer gas. Bayar dua kupang boleh beli orange, sarsi atau lemonade yang dipress gas. Tak puas gas atau gas tak keluar ikut hidung boleh komplain dan apek akan tambah gas hingga keluar ikut hidung dan mata.

Wardrobe collection saya ada tapi almari kongsi kerana kosong. Saya kongsi dengan sahabat saya yang ada lebih banyak pakaian dari saya. Size tak sama tapi boleh kongsi juga. Mana tidaknya, separuh di kedai Shuib Dobi, suku dipenyidai yang dah berhari dan suku lagi kotor. Pakaian sedikit. Ada pakaian yang size X di tiggal seniors walaupun saya masih size small.

Pakaian large untuk small body juga common. Abang2 kita sentiasa wasiat pakaian pada adik2. Atau bapa dan emak membeli 1 or 2 size bigger untuk pakai lebih lama tapi mereka tak tahu dengan kualiti pemakanan yang disaji didining hal takkan besar mana.

Dulu semua dapat pocket money dan almost all dapat biasiswa Federal Minor. Scholarship ini untuk anak2 melayu kampung yang miskin. Tiada complain oleh lain2 bangsa. Tak ada meritocracy atau straight A's requirement. Kalau dikekalkan Federal Minor Scholarship ini kehari ini tentu banyak pelajar kampung dapat kepelusuk dunia. Ini tidak. Banyak sangat politician yang bijalsana. Tukar policy entah kenapa. Biasiswa Mara pun dah ditukar jadi pinjaman mara. Banyak juga orang melayu dah kena blacklist, tak boleh keluar negara. Teruk lagi dah bankcrupt kerana hutang pinjaman pelajaran Mara.

Makan apa yang dihidang bersama

Kita akan makan apa sahaja yang dihidang. Hari ini kita boleh survive dengan makanan low quality. Kita kongsi kuah, nasi, sayur atau lauk pauk. Tapi kalau seorang satu tray, tiada dapat mehafaat berkongsi. Hang, hang, aku, aku.

Kalau tak cukup boleh "collect". Kita pergi kemeja lain yang dah habis makan tapi masih ada baki tertinggal yang boleh dijamah lagi. Breakfast nasi lemak berlauk, oops berkuah sotong atau udang adalah favourite collectors ini. Yang sedap dicollect juga termasuk kuah hati ayam dihigh table. Itu pun kalau masih ada tertinggal.

Champion

Dari segi pemakanan, yang dihidangkan, kasiat kurang qualitynya, tapi kita juga menjadi champion. Zaman saya almost semua game kita johan. Coach tidak qualified sangat. Training banyak diurus pemain sendiri. Training method direka dari creativity pasukan atau dari pemerhatian dari pasukan lain. Skill development kurang dan banyak berharap pada born qualities. Speed training almost tak ada. Competition diperingkat sekolah, kita OK tetapi pencapaian diperingkat national amat kurang.

Seratus lebih kumpulan kami keluar negara. Rasanya, with brain, you can conquer the world. Bermain menggunakan akal, belajar dengan akal insyaAllah beroleh kejayaan cemerlang.

An Extra Mile

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Asah kebolihan dan kelebihannya untuk kebaikan. Ada beberapa kawan nakal ditangkap dan guru besar tidak buang pelajar2 ini. Beliau menyewa rumah diluar untuk mereka dan mereka ini juga berjaya dalam carrier. Ada jadi guru dan penguatkuasa polis. The "Extra mile given", make them also successful.

STAR vs Other School

Zaman berubah. Ada masa Star top dalam academic atau sukan. Ada masa tidak. Value pelajar, ibu bapa dan guru juga berubah. Pembuat policy juga bagitu. Satu ketika pembuat policy tidak meletakkan sukan sebagai criteria penting untuk masuk keUniversity atau untuk keluar negara. Ibu bapa akan menekan anak2 untuk perform dalam academic. Guru juga bagitu.

Oleh kerana tempat dan biasiswa limited kita perlulah meletakkan Star sebaris dengan sekolah top lain. Lebih elok kita tambaih baikkan pelajar Star. Saya ada anak di satu sekolah private berasrama penuh. Policy sekolah dengan yakin meletakkan emphasis pada communication dan leadership. Straight A's semestinya sudah dalam poket. Adding value to the education system adalah matlamat sekolah itu. Bayangkan setiap pelajar dikehendaki kehadapan apabila mereka tahu jawapan pada sebarang soalan yang ditanya guru dalam kelas. Ada pelajar yang patah tangkal spectacle kerana berebut kehadapan. Yang tak bergerak kehadapan akan terasa tidak enak, kerana malu, akan juga berebut kehadapan. Kami dulu apabila disoal guru, akan cuba bersembunyi dibelakang pelajar dihadapan kita. Takut disoal guru. Malang jika pelajar dihadapan kami itu lebih kecil.. Tabiat ini sehinggakan terbawa keUniversiti dan pejabat. Tidak mengambil tanggung jawab untuk apa2 projek dan lebih suka menjadi followers.

Semua pelajar diwajib kepusat latihan outward bound school. Semua pelajar juga dimestikan berenang 3,000 meter dan diberi sijil. Ada arena untuk berpidato. Semua berpidato, bukan hanya wakil debate rumah atau sekolah sahaja. Sah sudah mereka ini diacuan berlainan sekali. Semua pelajar akan katam quran insyaAllah dalam bulan Ramadhan. Hari khamis, mereka akan beramai2 berzikir dan membaca quran. (menetap satu2 hari sahaja untuk satu2 ibadat tidak digalakkan rasulullah SAW)

Punishment

Apabila ditangkap punishment selalunya ialah dihantar kedetention class. Masa junior years mungkin prefect dorm memberi "lines' untuk dilengkapkan. 100,200, atau 500 lines yang berulang itu meletehkan. Ada yang ikat pen 3 atau 4 batang dan dengan satu stroke dapat empat hurup. Cuma saya rasa hukuman seperti ini tidak menafaat sangat kecuali memperindahkan tulisan.

Detention class patutnya disediakan instructor. Kalau nak repair furniture sekolah biar ada carpenter untuk mengembang skill "carpentering". Kalau hanya detention dalam kelas, elok diadakan tutor. Ini boleh membantu pembelajaran.

Biology

Masa itu tak ada club biology tapi pengelaman dari membelah katak juga dimenafaatkan. Ada kawan kami terjumpa ayam dan telah belajar cara operate dan daging direbus dalam baldi bersama maggi sebagai dinner maggi ayam. Satu potential experiment gagal kerana pekerja Star nampak seorang pelajar mengejar dan menangkap ayam "servant" untuk di operate. Pelajar berlari bersembunyi dalam tandas greenhouse tapi apabila dia tahu ada "servant" diluar toilet menyoal pelajar lain dia telah melepaskan ayam itu.

Saya yakin kalau ada club biology mungkin banyak graduan Star jadi doctor dan pakar bedah insyaAllah.

English

Shoot, football, Beano dan Dandy adalah bacaan tambahan. Langganan surat kabar inggeris kemestian walaupun susah ketika collection pembayaran. Cumanya tak pernah ada kempen bertutur. Walaubagaimana pun apabila kita terpaksa insyaAllah, kita mampu.

Ada satu ketika dalam kelas, cikgu menyebut tentang "the fan of the helicopter", bangun seorang murid membetulkan cikgu, " propeller sir!", dan menjawab cikgu" also can".

Selama 6 tahun saya di Star tiada satu program pun yang dilaksanakan untuk improve english. Mungkin kerana tak ada vehicle untuk itu. English society atau club tak ada. At least english writing competition, spelling contest atau english speaking months boleh membantu.

Maths

Saya selalu memerhatikan seorang senior yang very active,dalam sport dan kenakalan, setiap petang ketika menunggu bilek ayer hostel 6 blackhouse kosong, practice maths. Saya kagum dengan dia dan adil enough, dia mendapat tempat ke Australia sebelumr result MCE diumumkan. Practice make perfect tapi maths sharpen your mind.

Seharusnya ada club mathematics. Club boleh adakan program maths Quiz, Marathon Maths, inter house maths dan mungkin inter class maths. Boleh juga buat STAR inter school maths quiz.

Rokok, dadah dan arak

Rokok itu lama sudah diharam di Star. Tapi masih berjaya culture merokok berkembang. Ceiling dan Storeroom tempat bakar. Sehingga kehari ini susah nak padam culture ini. Di hariOBW, ramai membakar sampah dicelah jari kehulu dan kehilir di compound sekolah.

Yang dah biasa dengan rokok ingin migrate ke dadah. Rokok digunakan untuk membakar dan berasap dadah. Ada juga yang migrate kedadah disekolah. Kerana exposure, mereka menyumbat panadol dalam rokok dan menghisapnya. Kerana hati dah kata mabuk, mereka pun mabuk dengan panadol saja.

Ampang Baru tempat membeli rokok dan beer. Senang juga untuk kesana. Dibelakang surau "servant" ada lubang untuk dijerumus keluar. Tak ada jaga. Walaupun jauh untuk berjalan kaki, tapi mereka sanggup berbatu2 hanya untuk beer. Iklan dan tiada halangan memudahkan pelajar berjinak2 dengan rokok dan arak.

Solat dan Puasa

Dulu solat dan puasa wajib tapi tak ada enforcements melekakan pelajar. Apabila HM Yahya Shafie, beliau bersungguh2 paksa solat. Ada yang dirotan dan ada yang berdarah hidung terantuk kedinding keran tidak solat.

Latihan solat dan puasa perlu dari kecil tetapi jarang sekali guru dan prefect mengerah kami selain ketika HM Yahya Shafie. Selepas sekolah masih ada yang dah setengah abad masih lalai dan malas.

Exam Meniru

Meniru dah ada dari dulu. Leaking dan spot soalan juga normal.

Rugged dan crook

Ada Starian yang suka jadi rugged. Simpan rambut panjang itu rugged. Kasut kotor rugged. Keluar malam ikut pagar belakang, crook. Hisap rokok belakang rumah ustaz, crook. Satu pasang pelajar sembunyi hisap rokok belakang rumah ustaz. Anak angkat ustaz lapor pada ustaz dan Starian ini dengar ustaz jawab"tak apa, bila depa habis duit depa akan berhenti menghisap rokok".

Fashion

Kami juga pandai berfashion. Ada yang seluar bell-bottom berbaju wetlook. Ketika zaman hippies guni tepung dibuat baju. Satu penggal, pulang saja kedorm, ramai seronok melihat tilam telah dipakaikan sarong baru. Ketika itu pakaian hippies menjadi tiruan. Favourite tailor kami ialah Tai Fong Tailor. Ramailah membuat pakaian disitu. Yang seronoknya ramai sudah upah Tai Fong buat baju dari sarong tilam. Hanya fashion yang membezakan. Tangan panjang atau pendek. V-colar atau rounded. Poket satu atau dua.

Career Guidance or Academic Guidance

Nak keluar sekolah after form 5, timbul kemuskilan kerana tak tahu nak kemana dan ambil kursus apa serta nak jadi apa. Tiada pakar, counsellor atau STAROBA nak beri pandangan masa itu. Apabila diberi scholarship untuk kursus geology, tibai saja. Balik tak ada kerja, ditawarkan oleh kementerian pelajaran untuk mengajar geography.

Kerana channelling banyak untuk engineering dan science, maka almost majority ambil subject tersebut. Yang balik dengan degree engineering tapi malas jadi engineer, yang gagal kursus kerana tak minat dan yang balik berniaga tapi gagal kerana tak ada marketing dan business knowledge pun banyak.

Balik Kampung

Balik kampung bagi pelajar yang dapat waran ticket keretapi seronok. Kita akan bertemu pelajar dari STF, TKC, SDAR dan Kolam Ayer diatas keretapi. Yang rajin boleh kehulu dan kehilir gerabak keretapi. Bila diminta ticket oleh Guard, jawab saja leader. Setiap station ada leadernya. Yang tak hendak balik dan ingin merantau boleh juga jerit "leader!". Guard tak akan soal lebih-lebih.

Balik dari cuti boleh claim tambang peralanan. Cik Gu Tan Teng Leong biasa komen kononnya ada pelajar Star tinggal macam diVenice. Naik turun feri, boat dan sampan. Bukan mahal sangat yang kita buat claim. Ada yang RM1.50 sen saja.

Masa cuti panjang ramai yang akan hitch-hike. Masa itu belum ada highway. Oleh kerana Starian ada dimana bandar dan kampung senang dapat tempat penginapan. Lori diberi tumpang. Motorsikal diberi bonceng. Kereta diber rahmat. Kadang2 nasib baik diberi makan dan duit pocket.

Guru Guru

Guru2 walaupun lain bangsa, commitment mereka tinggi. Guru yang menjadi coach sukan akan turun padang dengan whistle walau pun whistling saja yang mereka pandai. Pelajar akan organise sendiri session latihan.

STAROBA

Semua graduan Star kini jadi ahli secara automatic. Ramailah members dan apabila membership list panjang, mileage pun banyak. Sponsorship dan readership perlukan membership yang besar.

Nak cari spomsorship dari corporation besar lebih mudah. Brand STAR/OBA akan lebih terserlah. Promotelah brand STAR/OBA