Diabetes and me
My mission is to prevent and help us identify diabetes early and to improve the lives of all people affected by this disease. There is nothing to be ashamed about but sharing experiences and thought may make life easier and better for us. Amin

My experience
I am convinced many of us dah kena diabetes. Apabila umur dah meningkat, quality hidup lebih bagus maka penjagaan kesihatan terabai.
Yang kena diabetes masa muda sangat, pun ada. Type one selalunya pancreas failure masa muda. Type two pula pancreas dia makin lemah dan kurang mengeluarkan insulin.
Symptom:
Dahaga
Biasa saya makan dengan kawan kawan diKuantan, dan terasa tak puas minum air. Lapan gelas serba jenis air bagi satu dinner. Nak kata tomyam punya pasal, orang lain tak minum banyak pula. Dahaga.
Kencing
Malam2 kencing kerap sangat. Bangun untuk kencing a couple of times. Satu morning isteri saya hairan melihat banyak semut dalam bowl jamban. Saya saja yang kencing malam itu. Nak deny tak boleh. Rupanya tabiat kencing kat STAR tak pam susah nak tinggal. Tahu sajalah di STAR tali nak tarik pam pun dah tak ada. Habit 6 tahun kat STAR memang susah nak padam.
Manisan
Craving untuk benda manis meningkat. Saya taklah suka sangat makanan manis2 tapi dengan tiba2 suka pula. Teh tarik dah jadi favourite drink.
Weight Loss
Makan pun banyak tetapi makin kurus. Saya berenang diswimming pool mungkin 2 minggu sekali, tetapi berat badan drop drastic. Size seluar menurun. Shok juga tapi tertanya2 juga.
Gatal Gatal
Gatal dibadan selalunya berulang. Kadang2 digaru sehingga melecur.
Check up
Saya jumpa doctor. Umur masa itu 37 tahun. Doctor tanya hal keturunan. Memang family saya banyak yang kena diabetes. Penyakit jantung tak ada dalam keluarga. Doctor prick jari test darah, 17 belas. Saya dihantar untuk buat glucose tolerance test esok harinya. Saya berpuasa dan pergi ke salah satu laboratory. Darah diambil dan dapan reading 10. Saya diberi segelas glucose yang sangat manis dan 2-3 jam kemudian diambil darah untuk bacaan . 20!. Confirm, dah ada diabetes.
Saya perlu ke Klinik Doctor semula. Saya diberi ubat dengan dose yang kecil. Sekali satu biji sehari. Saya membeli set test darah sendiri untuk monitoring gula dalam darah.
Appointment berikutnya saya juga berpuasa dan reading glucose saya dalam 8. Doctor tambah dose.
Badan saya dah meningkat berat. Kegemaran makanan manis masih ada tapi saya kawal. Gula tak minum langsung.Ais kosong jadi favourite drink.
Routine check up saya buat. Warning doctor saya ambil perhatian. Doctor kata apabila pancreas makin lemah, insulin akan berkurangan. Ubat yang diambil untuk menggalakkan insulin keluar akan kurang berkesan. Makin tua kena jaga diet. Lemak akan menyebabkan jantung bermasaalah. Kidney mungkin rosak. Saraf juga akan rosak. Kalau tak jaga saraf mungkin darah tidak mengalir baik. Takut luka dikaki lambat baik.
Kaki mungkin kebas dan takut kita jarang check kaki kerana tak terasa luka disebabkan kebas, menyebabkan kaki infected. Kalau tak baik, infection merebak mungkin jadi gangrene dan perlu dipotong. Wow, takut nya.
Tangan juga lengoh2 dan kebas2. Ada tinggling disturbance pada socks dan glove wearing area.
Blood pressure mungkin naik. Pengidap diabetes adalah high risk patient. Doctor akan thorough dengan kita. Nasihat pakar perlu.
Lima tahun dulu saya jumpa seorang pakar gang STAR. Dia kata kalau diberi pilihan penyakit, dia lebih suka high blood pressure dari jantung atau diabetes. Rumit. Dia kata orang yang ambil ubat perlu berusaha kawal dan monitor bersungguh2. Dia kata sekarang ini, pesakit boleh ambil injection insulin dan mudah mengawal dan monitor. Procedure injection juga senang. Boleh diprepare sendiri.Jarumnya halus. Monitoring simple. Umur dah lima puloh lebih. Dia kata apa nak takut sakit lagi. Memang dah macam macam sakit kita lalui. Dia cadang saya opt for insulin injection. Bila terkawal, makan boleh saja. Sex alhamdulillah biasa juga.Nungkin dulu keras menunggu tetapi kesudahannya menunggu keras. Preventing blood pressure, heart attack dan kidney problem lebih mudah. Mata juga perlu dijaga tapi saya mula bermasalah mata sudah. Masih boleh dilewatkan jika nak buta dengan sentiasa jumpa pakar mata. Hopefully dengan kehendak Allah buta selepas masuk kubur.
Ubat Ubatan
Selain ubat untuk kencing manis dan insulin saya juga makan anti colestrol tablet, ubat untuk kecairan darah, untuk jaga jantung dari heart attack, untuk rendahkan tekanan darah dan untuk saraf.
Makanan
Saya masih dapat nikmat makan. Durian boleh kena juga tapi perlu cucuk insulin lebihlah. Kambing setiap bulan kena juga. Jumpa doktor cerita baik2 saja dan kena berahsia. Yang tahu hal badan dan kesihatan bagi kita hanya kita.
Worry
Jangan worry dan stress. Tidur kena cukup. Jangan risaukan keluarga. Kata saja "inna Lillah Hiwaina hilaihirojiun. Katalah Alhamdulillah banyak2 kali kerana apabila diberi sakit, InsyaAllah, Allah mengampun dan mencucuri Rahmat. Katakan Alhamdulillah kerana Allah masih menduga kita. Alhamdulillah jika ianya hukuman, diAkhirat kelak insyaAllah kita tidak dihukum.
Comments