Chot’s & Co - Kami Anak Pre-Merdeka

Batch kami dilahirkan setahun sebelum merdeka. Apabila Tunku Abdul Rahman melaung "Merdeka" kami tak erti melaung bersama. Yang mampu hanya meraung kerana kelaparan dan dahaga. Bagi yang dari kampung mungkin pada hari merdeka dijamu susu dibancuh dari susu pekat atau air teh kosong dan mungkin juga air kopi yang ditumbuk sendiri oleh ibu bapa.
Besar kemungkinan Izham Muhammad, Head Maggi Division , Nestle dan Azmi Ramli, Motivation and Training Specialist, dah mula bercakap dan mampu menyebut "merdeka" kerana mereka sudah setahun lapan bulan.
Perkampungan
13 tahun kemudian kami menyambut merdeka diasrama STAR. Kami dengar takdir Allah dimasukkan keperkampungan STAR. Saya tak ingatlah aturcara hari merdeka. Tetapi dari ingatan yang ada, hari merdeka kita bercuti dan ada yang berarak. Perarakan diramaikan oleh murid sekolah, persatuan, Jabatan Kerajaan, syarikat dan NGO. Akan ada orang berucap menyeru untuk bersatu, berkerja kuat, untuk kejayaan, keamanan dan toleransi. Adalah slogannya sekali.
Kami diajar subject academics untuk menjadi pintar. Digalak bergaul melalui sukan dan persatuan. Berdisiplin dengan uniform unit dan berusaha melalui pepereksaan dan kejohanan2. Bertanggung jawab melalui Sunday inspection.
Hari Ahad kami perlu membersihkan asrama. Dibahagi kepada kumpulan dan diatur supaya menyuci jamban, bilek air, compound atau bilek tidur. Katil mesti dipasang cadar dan disusun dihujung kaki katil, blanket, sabun mandi dalam kotak sabun, ubat gigi beserta berusnya, minyak rambut dan sikat serta sudu dan garpu. Untuk membentuk disiplin.
Kami bergaul bebas antara pelajar2 dari lain2 negeri. Yang dari eastcoast mencuba slang Kedah. Pelajar Sabah dan Sarawak intergrate mudah.
Lama Dah
Kita sudah merdeka 52 tahun. Batch saya sudah berumur 53 tahun. Nak tengok progress level Malaysia, kita boleh lihat dengan pencakar langitnya, infrastructure, sekolah dan university, hospital, bekalan air, elektrik dan pusat beribadah.
Ramai dari kami participate dalam nation building. Sudah ramai profesional, technocrat, pendidik, pentadbir, peniaga dan sebagainya dari gulungan batch saya. Itu Alhamdulillah berkat usaha, doa dan negara yang merdeka.
Selain Izham dan Azmi Ramli, Ahmad Hasib, Nazri Shaharudin, Amran Rejab, Mustaza Basarudin, Hamzah Uzir dan Abdullah Thani menjadi pendidik.
Dato Baharanudin Zain, Wan Saipallah, Syed Abdullah berjaya sebagai Engineer dengan Kerajaan. Ruslan Sulaiman, Arwah Abdul Adzim Muhammad, Abdul Manaf Rusan Khan, Abdul Patah Muhammad, Ghani Hashim, Hamid Zakaria, Talib Lazim, Abdullah Azahari, Munir Osman, Dzulkrnain, Ghazali Idris, Hamzah Burok, Ismail Hasan, Ismail mokhtar adalah beberapa Engineer swasta.
Sabri Shaari, Utama Abdullah dan Nasir Desa Aircraft Engineer. Ahmad Yusof Hassan, Jailani Salehun, Dr Muhammad Rom dan Abdul Rahman Mahmud Pensyarah. Abul Rahman Abdullah Pakar Perbidanan dan ramai peniaga seperti Awang Ghani, Jamalul Kiram, Dzawahir, Muhammad Seman, Arshad Jalil, Muhammad Nor Ibrahim dan Fakri Abdullah.
Muhammad Hitam dan Azmi Abdul Rahman Akitek Landscape dan Bangunan. Ramai lagi yang berjaya Alhamdulillah tapi cukuplah dengan nama2 ini sahaja.
Burhan Budin
Beliau salah seorang yang memilih untuk mengharungi hidup ini dengan acuan kemerdekaan beliau sendiri. Beliau tidak mahu comply dengan "route" pendidikan dan pekerjaan yang normal. Beliau memilih untuk mengembara, berjalan keseluruh pelusuk negara dan Thailand. Beliau biasa ditangkap ketika reformasi dan di soal. Bila ditanya"kamu reformasi?", dengan rengkas beliau jawab" apa reformasi, makan pun nasi basi!".
DiThailand beliau ditahan bersama pelarian Rohinya. Dikurung dan hanya dilepaskan setelah diyakini yang beliau orang Malaysia.
Surau dan masjid menjadi rumah beliau. Apabila kita menyebut apa2 subject besar kemungkinan beliau dapat "quote" surah atau hadis yang bersangkutan. Ini rahmat sentiasa diMasjid mendengar ceramah agama. Selalunya beliau diberi makan percuma restoren yang beliau lalui. Setelah makan beliau tidak kedekut bakti. Beliau mencuci pinggan kerana berbesar hati. Ketika saya membawa beliau ke beberapa restoren Kampung Baru dan Nasi Kandar di Kuala Lumpur, semua terkejut melihat beliau membasuh pinggan sendiri.
Burhan Budin dengan Kemerdekaan beliau sendiri.
Kahwin Dan Berkeluarga
Hampir semua sudah kahwin dan berkeluarga. Ada yang empat isteri dan beranak 24. Memang ada yang sudah bercucu. Yang belum kahwin pun ada. Nak bermenantukan tiga atau empat jejaka atau duda, boleh diaturkan segera.
Smart
Dari perbualan, pembelajaran, pengelaman kami boleh membezakan value pemikiran masing2. Ada yang masih ditakok 40an dari segi semangat dan activity harian atau sudah mejangkau 60an dalam pemikiran, kematangan dan kesihatan. Saya rasa yang dihantar untuk mendapat exposure diluar negara akan grow"older"faster. Yang rajin bergaul akan grow cleverer quicker. Yang rajin mentelaah ilmu akan grow wiser a lot more. Yang kerja kuat akan get richer tapi yang rasuah juga walau pun tak smart kaya raya.
Harimau mati meninggalkan belang, sahabat kami meninggalkan nama
Ramai sudah meninggalkan kami. Zulkifli Nasir awal2 lagi. Adzim, Adli, Jayamara, Nor Aris, Shahrir Hassan, Ruslan Lajin, Dzuhari, Salehudin Hasbullah dan Ahmad Hamzah juga sudah tiada.
Toleransi
Malaysia negara multi racial. Batch saya ada seorang Cina, Teh Guan Hoe namanya. Beliau kini seorang Guru. Pelajar yang baik dan berbudi bahasa. Tidak suka bertengkar dan pandai menyesuaikan diri. Beliau tolerate perangai kami. Kami juga tolerate perangai beliau. Firman Allah, kita dijadikan lain2 bangsa dan warna kulit untuk kenal mengenal memang terlaksana. Tapi itu dikalayak yang majority melayu dan muslim. Kami diajar Cikgu Cina Tan Teng Leong, Kok Kee Chai, Cikgu India J.A David, David Thambirajah dan tidak pernah timbul masaalah racist.
Toleransi level masing2 sangat tinggi. Tak ada kita dengar pelajar atau Cikgu lain bangsa dibelasah diStar. Saya tertanya juga, bagaimana kita diStar mencapai toleransi tinggi bagini? Natural? Enforced? Kids yang tak ada niat jahat dan sangka buruk?
Tidak ada pula subject toleransi diajar. Tidak ada subject Malay Culture diajar. Tidak ada Islamic Culture diajar. Tidak ada juga Chinese dan Indian Culture diajar. Tidak ada subject "perbezaan agama diajar ( comparative study) . Tetapi kita kekal tolerate Yeoh Keat Hian(Dr Fuat), Nadarajan, Wong Swee Weng(?)dan lain2.
Sensitivity
Saya mahu catitkan disini tentang sensitivity sahabat kami dari STAR. Saya muat posting email dalam yahoogroup STAROBA dan perhatikan pandangan kita tentang subject ini. Dibawah ini email saya dan jawapan dari beberapa sahabat STAROBA. Ketika ini isu ada beberapa. Yang panasnya tentang pembinaan kuil di Section 23. Kuil ini dipindahkan dari Section 19 yang hanya lebih kurang 20 meter dari rumah penduduk melayu kekawasan yang 300 meter dari rumah penduduk melayu pula. Kerana ini timbul kemarahan meluap2 dari segelintir sehinggakan ada demo sambil membawa kepala lembu. Saya pun menulis tentang sensitivity dan inilah jawapannya.
Assalamualaikum Sahabat,
Saya berharap kita semua menjaga sensitivity setiap makluk Allah. Saya lihat ramai sungguh yang rajin dan gemar menulis. Yang emotional akan menulis apa yang ada dalam dada beliau. Ketika marah, marahlah jadi bahasa dia. Sehinggakan tak sempat memerhati dimana full stop, capital letter untuk beginning of sentence atau tanda koma.
Ambil wudhuk melembutkan hati kita. Saya hormati, apa yang dibincangkan tetapi apa yang keluar dari seseorang melambangkan apa yang ada didalam diri dia. Lori tembikai bila berlanggar, nescaya tembikailah yang bertabur dan lori sampah nescaya sampahlah yang bertabur.
Kalau ikut perasaan, nescaya tidak kira dia graduate STAR ke, UITM ke, UKM ke atau luar negara ke tidak akan rational. Cakap2 geram dan dendam buanglah. Ramai rakan kita membuka email dan memerhati gelagat kita. Yang nak menyampuk akan tulis yang lain senyum atau brush sahaja ketepi.
Tulisan kita sepatutnya memberi peluang untuk insyaAllah mendapat ganjaran Allah. Kalau kita sendiri rasa Allah tidak suka tulisan kita , withdrawlah.
Hari ini saya dengar perarakan kepala lembu berlaku di Shah Alam. Kepala lembu mungkin menyakiti perasaan kaum India. Kita perlu sensitive terhadap orang lain. Kita tak mahu tit for tat.
Memang benar kuil itu diubah kesitu dan jaraknya agak jauh juga berbanding section 19 dari rumah2 orang melayu. Mungkin itu yang termampu. Kaum India mahu pindah, sudah diterima penduduk section 19.
Kita juga gembira penduduk melayu berjuang menegakkan hak mereka. Kaum India juga ada hak. Masjid banyak dibina. Surau ditambah pula supaya dekat depan pintu kita. Kekadang saya singgah disurau dan sayalah bilal, imam dan makmum. Tidak ada orang. Saya berdoa kita yang bising tentang lokasi rumah ibadat orang akan memakmurkan rumah ibadah kita, masjid. Bila nak bising tentang agama, check diri kita serta merta, insyaAllah kita dapat menafaat. Nak tulis memang mudah. Nak celoteh dengan bahasa2 garang memang mudah akhirnya kita sendiri tahu value penulisan kita. Saya mohon, dari kawan terutama yang saya amat kenal, let's be sincere.
Maaf zahir batin
Beberapa jawapan disertakan tanpa nama penulis penulis dan references mereka:-
(1)
Wa'alaikumussalam
This is a great advise. May Allah reward you Mr Mansor.
Also, if it is true that there were perarakan kepala lembu di Shah Alam, honestly, whoever organize that is no different that those Indian in India who are destroying the masjid. These people sewajarnye disebat. No wisdom whatsoever.
Regards,
(2)
Assalamualaikum Sahabat-shabat yang dirahmati Allah
Sdra Mansor,
Satu penulisan artikel yang baik yang mungkin memberi pengajaran dan manafaat kepada mana-mana tin tin kosong yang kerap di staroba@yahoogroups ini.
Allahualam
(3)
Tin yang berisi penuh pun kalau dah kena cucuk bertalu talu akan jadi tin kosong jugak akhirnya
(4)
Askm Chot. Thanks. At last a cool head has spoken up!!! This call for a sense of decorum in this e-group has been long overdue.
I'm sure that I'm not the only one who has developed a profound sense of dismay and revulsion at the antics of some of the "principal" Mr.Know-Alls cum armchair Patriots cum kedai kopi Malay Nationalists in this e-group. I'm dismayed at their so-called "wisdom", which oftentimes is nothing more than empty rhetoric of racial hatred, and I'm revolted by their gross ignorance and sheer chauvinism, which reminds me of the kedai kopi talk that I used to hear as a boy in the 60s and 70s.
This one below is the creme de la creme and gets my vote for the dumbest and most irresponsible rhetoric of the lot:
"Saya amat bersetuju,kalau dulu Idi Amin boleh halau keluar Indians kat Uganda,ngapa kita takut?halau je puak ni keluar dari Tanah Melayu ni,apa kalau taada mereka ni kita tak boleh maju ke?"
For heaven's sake!!! Didn't he know that Idi Amin justified his action by expelling only Asians (a loose euphemism for Indians) who were holders of British passports??? And what happened to Uganda in the aftermath of this tragedy??? It inevitably went down the drain because the ethnic Ugandans who had confiscated the businesses of the Asians seriously lacked the intricate knowledge and the global network that were an integral part of these businesses. On top of this economic disaster, Uganda became a pariah state in the eyes of the world, and to this day is still paying a heavy price for this inhumane act in terms of international aids and diplomatic relations. But, that is another story.
Anyway, back to the above infamous quote by our armchair Patriot cum Malay Nationalist. These people whom we are supposed to "halau keluar", who are they? Do they hold Chinese, Indian, Taiwanese, Vietnamese etc etc passports? NO!!!!!!!!! The unassailable truth is that they are Malaysian citizens, many of whom were born and bred here. So, halau keluar to where??? We may not like them, but they, too, have an inalienable right to live in this country, the country of their birth, as much as we have. The armchair patriots cum kedai kopi nationalists would love to hang me by the balls down the Twin Towers for saying this, but denying the truth will not get us anywhere, will it??? If these Malaysian citizens have misbehaved, then deal with them within the law, by all means, the same way that we would deal with any other citizen.
This country, as is true of the rest of the world nowadays, has gone multi this and multi that, and there are no simple and straight answers to many of our social, economic, legal etc etc ailments. Despair not that Islam is the answer, eventually, but the Malaysia that we live in today is still a long long way from this eventuality. The road to this eventuality is going to be a long, bumpy, and arduous journey from here, and until this eventuality is here with us, insya Allah, we just have to learn to live together as best as we know how in this country of ours.
There are more obnoxious examples, but you get my drift. Masya Allah, this is already by far the longest polemic that I've ever written, so, thanks again for voicing out. In the meantime, I'll continue to remain a passive subscriber.
Sorihan, most likely we had met, but at the moment your identity seems to dodge my memory. We'll meet again, someday, insya Allah.
Selamat beribadat. Salaam.
(5)
Chot
Ada juga hamba Allah yng jawab komen aku.. ha ha ha
(6)
Salam Chot
Many thanks for the advise to tone down our postings. I am indeed appalled by the sheer racist remarks of our fellow starians. For those who belong to the later generation in STAR that were taught by an all Malay teachers also I wondered as to how they end up becoming racists!
And those that belong to our generation that were shaped to be cultured human beings by a bunch of non-
Malay teachers, I can only assume that their early childhood prior to STAR-years has been filled with immense hatred and perhaps also their post-STAR life took a turn for the worse and hence this forum of ours become a source of releasing intense hatred and volatile pressure for them.
But having experienced personally infiltration in my very own company and being at the centre of it all, I could not help but feeling rather alarmed and hence putting up all my "spider sense" that we are indeed under the watchful eyes of the XXXX. I wrote about this in my blog a few months' back. I chronicled how my boss were made instrument by those in power in Malaysia to pursue their cause because of his connection with xxx, yyy zzz and others on one side and kkk (and one hhhh that I dubbed the new jjjj) as the go-between .).
I am quite sure that those racists that taunt our yahoogroup will continue to pursue their agenda despite your warning! If this happens, then rest assured that these guys are part of cybertroopers that were put there to accomplish certain tasks for certain people!
I met you (Chot) the other day and look forward to some more teh tarik sessions. I always remember you as the school runner you once were despite your XXXL size now, ha ha! Your days in Mecca and knowledge you acquired there must be expensed out for others to share.
And as for Brother gggg, I am also as Chot, an old man now nearing fifty soon enough! My memory is fading me.... We may have come across each other!
My youngest son is in STAR (Form1) and I visit him regularly when I am back in Malaysia. Maybe you, Chot and I can gather a few more guys for a chit chat! Maybe we should rope in sssssss as well. He was my prefect when I was in form one and he dropped me an email a couple of months' back after seeing my posting.
Till then, Jazakallahi Khairan Kathira' and May Ramadhan brings us Rahmah, Maghfirah and Free us from torment of Hellfire.
P/S: TTL used to say regularly "Some are born lucky but some are born laki-laki". He wanted us to accept the fact that we are born MEN and have responsibility to perform on this earth!
Respect For The Individual
Respect for individual juga saya rasa sangat tinggi. Kalau kami pelajar rajin dan pandai, mahu mentelaah lebih waktu, ingin guna "toilet study room" dihujung asrama tak ada siapa yang ganggu. Kami respect cara hidup yang masing2 pilih. Store bag pakaian juga dibenarkan sesiapa suka untuk diconvert ke study room. Mungkin setakat dipanggil Bodger sahaja.
Masa umur 13 ke 18 tahun, kami membentuk dan membawa culture pilihan kami. Culture solat sehari semalam 2 waktu ke, solat hanya dekat exam ke atau solat ketika Pak Ya (HM) round ke, kita tolerate. Kita respect pilihan masing2. Apa nak kata belum cukup umur layak boleh mengundi.
After School
Selepas sekolah kami ke pusat pengajian tinggi. Kini kami bersama pelajar dari aliran lain. Dari sekolah harian dan lain bangsa dan agama. Tidak pernah timbul racial issue yang menggugat negara. Kami mampu bersepasukan, bertanding dengan penuh sportsmanship dan bergaul dengan certain kebebasan.
Solat dan puasa ikut suka. Pelajar perempuan belum tutup aurat dengan proper. Sembang2 agama sangat kurang. Tak ada sangat usrah, atau dakwah. Kalau ada parti arak dijual beli. Arak dibawa kehulu kehilir dipadang rugby. Semua toleransi lah ni.
Lepasan Menara Gading
Saya dapat kerja di Texas Instrument dan tender notice sebulan selepas itu kerana dapat offer dari IBM. Kami mudah dapat kerja selepas graduation. Banyak kerja available. Boss saya di IBM, Cina, Tan Han Fong. Masa interview dia tanya, "ramai orang qualified, kenapa saya patut diambil". Jawapan saya panjang tetapi tidak ada saya katakan saya mesti diambil kerana saya melayu. Saya deserve on merit. Saya diambil kerja dan diberi gaji Rm 1,500 as guaranteed income. Walau pun hal gaji confidential tetapi saya dapat tahu gaji colleague Cina saya pun sama.
Bila pergi oversea, makan satu meja. Datang hidangan nasi goreng, satu talam nasi berbabi. Bila ditanya dan diberitahu melayu tak makan babi, waiter ambil senduk dan mengasingkan babi. Melayu yang tak peduli makan macam tak ada babi.
Dulu dipejabat tak ada tempat solat. Infact tak jumpa pun orang melayu basah tangan dan baju berwudhuk. Mungkin masing2 solat bersembunyi.
Kekayaan
Kini negara sudah serba maju. Ada kalangan kami dengan BMW M5, S320, ramai C dan E Class Merc. Ramai juga dengan semangat kenegaraan dengan Proton mereka. Ada juga seperti saya berkereta antique 30 tahun sahaja.
Yang tinggal dirumah banglo berharga jutaan, apartments dan condominiums dan link-house biasa pun ada.
Haji
Ramai juga sudah mengerjakan haji diumur muda. Seruan untuk haji pasti tiba. Sabda Rasulullah SAW, apabila kami berkemampuan tapi tidak sempat mengerjakanya, disuruh pileh mati sebagai nasrani atau yahudi menggerunkan juga. Ibadat haji perlu tenaga dan eloklah dikerja masa muda.
Halatuju
Atur mengatur cara hidup sangat perlu. Kalau dulu Melayu majority, lebih dari Cina dan Hindu tetapi kini kena form demographic baru. Bumiputra bersatu supaya kekal majority membentuk keraja Melayu meneraju.
Negara kena bersatu. Saya ada anak enam orang dan yakin nak dapat kerja susah. Mungkin syarikat Melayu untuk Melayu, Cina untuk Cina dan India untuk India perlu dikikis. Sedikit sahaja employment diatas basis merit. Bayangkan, quota 30% belum kita cipta. Population Melayu mungkin sekitar 50%. Jikalau equity melayu baru 20%, bermaana 50% melayu perlu berebut disyarikat Bumiputra 20% sahaja. Sudah tentu yang lain perlu kerja sendirilah. Polisi yang menggunakan quota perlu sehingga kita sudah bersedia dan berjaya.
Perubahan
Nak ubah perception2 ini kita kena meningkatkan usaha. Saya rasa bukan sahaja Melayu sahaja kena tolerance tapi juga Cina dan India. Melayu rasa kaum lain tidak tolerance kepada mereka.
Mereka ini masih perlu diberi education tentang toleransi. Subject Malay Culture, Islamic Culture, dan Islamic Civilization perlu diajar disekolah dan university.
Subject comparative study mungkin membawa menafaat.
Sukan mungkin telah bertahun dicuba untuk national intergration. Culture juga banyak telah dicampur- adukkan. Ada kongsi raya, ada pementasan. Dulu ada dengar pelajar berlainan bangsa diatur tinggal sebilik diuniversity. Penyatuan melalui bahasa boleh berkesan tetapi dah timbul diversion pula bila Maths dan science diajar dalam bahasa Inggeris.Kini ada laungan baru supaya kita belajar lain2 bahasa untuk itu.
Orang bukan Islam mungkin tidak memahami Islam. Mereka akan ada masaalah sensitivity dan toleransi. Ini kerana mereka tidak faham dan ianya tugas kita untuk menyampaikan seruan Islam. Kita umat Muhammad SAW adalah yang teristimewa dan perlu berdakwah dan bukan berperang.
Selamat Menyambut Merdeka.
Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!