Search

Follow Us

Keloi

Assalamualaikum,

Disana disini aku mencari
aku tegur
aku disapa 
hanya angin lalu.

Oh dia sahabatku disitu!

Wa'alaikum salam warahmatullaahiwabarokatuh.
Aku masih disini.
Masih tercegat disini.
Masih seperti dahulu.
Walau seribu detik berlalu
Aku masih belum berganjak
Dari tekad yang telah aku pacak
Biar dipujuk biar diajak
Biar kering belulang biar berselerak tulang
Kawan usah disalah faham
Aku masih setia dengan ikrar
Masih menggenggam azam
Masih menggalas iltizam
Untuk memberi sekelumit sumbangan
buat alma mater yang ku sayang
walaupun
aku tak punya wang berjuta
tak juga punya berkoyan harta
namun aku masih punya tulang empat kerat
yang masih mahu meneruskan khidmat