Search

Follow Us

Peringatan dan Tawaran, Perception dan Interpretation

Dari staroba.org, mengingatkan kita, menawarkan jalan keluar dan masih mempunyai perception yang sama kerana sudah diajak untuk berinterpretasi seperti cerita sidia agaknya. Bagi ni:-

Bro Azizan, just nak peringat je. Kan Allah ada peringat dalam Quran, 'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang ingat memperingati kearah ke arah kebenaran dan ke arah kesabaran. So please dont get carried away. Berhati2 menukil kata-kata takut tersentuh sesiapa.

Bimbang di mahsyar terpaksa mencari orang yang dinista, tak melangkah ke syurga selagi tak langsai dakwa mendakwa. Bersabarlah kawan, doakan agar Allah redakan sengketa. Kalau dendam tetap membara biar kita tinggalkan arena. Kita serahkan kepada yang lebih berselera. Kita cari jalan lain menuju redho. Aku ready je sebab aku bukan ada kepentingan apa2 lagi pun malu kat cucu2 di sana, kita dah di hujung senja tak kan nak buat perangai macam budak tadika. Kalau ada orang nak kata aku sardin, katala, nak kata sapi kata pi la. Lastly kalau tak keterlaluan , Dato Nasir, Azlan, kita tau kan di mana mula segala sengketa, tak dayus kot kalau undur kebelakang dan serahkan balik kemudi kepada yang berhajat. Kenapa mesti kita terus mempertahankan sesuatu yang menyumbang kepada susahnya perjalanan kita di mahsyar nanti, Saya rasa lebih mulia kalau diubati kudis ini sebelum ianya menjadi barah.Kawan, aku sebenar amat sedih bila adik-adik yang amat aku respek spt omar, mohd saleh chot dll mula membina tembok perseteruan dengan kalian dan mungkin juga dengan aku kerana aku amat percaya bahawa SYAITAN tak akan berhenti meniupkan bahang permusuhan antara kita walau sesaat sehingga terbakar hangus simpulan silaturrahim yang selama ini mengikat kukuh persaudaraan kita.Dan bila terlerai simpulan ukhuwah itu maka ketawalah SYAITAN kerana berjaya membawa kita berbondong2 mengikutinya ke neraka , nauuzubillah.

Inilah comment dari staroba.org. Tidak perlulah kita daftarkan penulis di sini tetapi elok juga dibincangkan. Bagi setengah pihak sama ada sedar atau tidak merasakan FOS ini mahu kuasa. Oleh itu ditawarkanlah semula kuasa jika itu yang FOS mencari. Dengan menawarkan ini kononnya selesai angkara dan sengketa.

Apabila sahabat ini mengkaji sengketa sudah sahih agaknya bagi beliau FOS mulakan sengketa. Saya tidak mampu menangkisnya kerana ini takut-takut kesilapan perception-perception timbul pula. Saya rasa hanya yang empunya angkara dapat melangsaikan semua perception dan interpretation. Tanyalah sidia. Jika dia bersembunyi, jangan risau sedikit hari akan keluar ceritanya juga. Itu lebih bahaya dan menyeksa.