FOS Kelab Saya
Apa pun kita tetap budak STAR.
Saya baru ada peluang menziarahi STAR. Saya menerima jemputan untuk meraikan pasukan ragbi STAR.
Disamping meraikan pasukan ragbi STAR saya juga berkesempatan hadir pada hari penyampaian hadiah ko-kurikulum STAR.
Sekolah tidak banyak berubah. Masih seperti lawatan saya yang lalu. Saya nampak Entrance yang baru dan lebih segak. Saya masuk sahaja sudah nampak satu perbarisan menyambut Guest of Honour, Timbalan Menteri, Dato Hamzah Zainudin. Saya meniti ditepe-tepi jalan raya takut ditarik bersama-sama Guest of Honour.
Vice President Staroba, En Azlan Abdullah juga ada dan beliau menegur saya tetapi kerana memakai cermin mata gelap dan penglihatan mata yang bermasaalah, susah juga bagi saya mengenali beliau. Walau apa pun saya juga disambut pihak sekolah sebagai bekas murid tua STAR.
Cikgu Hashim, Pengetua Cemerlang STAR berucap alhamdulillah dengan penuh semangat. Beliau mengawal crowd dengan baik sekali. Bila beliau perlukan persetujuan pelajar, dengan mudah pelajar memberikan tepukan. Bila beliau meminta tepukkan yang lebih gemuruh, itu juga pelajar dengan mudah berikan. Beliau saya kira in total control. Seperti seorang ayah yang mengawal anak-anaknya dengan baik.
Pertama kali saya dengar beliau membahasakan diri sebagai ayahanda pada anakanda starian, saya sudah kira itu sangat hebat. Sememangnya beliau ada style. Anak-anak telah memberi perhatian penuh pada ayahanda mereka. Beliau ada future. Very bright future.
Dato Hamzah juga berucap panjang. Beliau menjanjikan beberapa bantuan terutama untuk pembangunan permainan hoki, kriket dan sukan memanah. Beliau juga mengatur pembinaan sebuah wakaf dan telah juga mendapatkan commitment dari Lembaga Lanskap untuk memperindahkan STAR.
Selesai upacara penyampaian hadiah kami dihidangkan minuman petang. Saya ada niat nak bersembang-sembang dengan En Azlan Abdullah, Vice President Staroba dan ditakdirkan saya dapat tempat sebelahan dengan beliau. Tak sempat pula saya nak bersembang-sembang kerana conversation dikawal oleh Dato Hamzah. Saya terpaksa bergegas untuk menyediakan diri bagi jamuan makan malam bersama pemain ragbi dan sekembali saya En Azlan sudah berangkat pulang. Terlepaslah peluang.
Didalam ucapan-ucapan ada disebut Kelab Friends of STAR. Dato Hamzah dan Pengetua ada menyentuh tentang contribution Friends of STAR (FOS). Kata Dato Hamzah ada macam-macam dan FOS salah satu di antaranya.
Malamnya saya juga dijemput untuk memberi sepatah dua kata. Saya juga mengambil kesempatan menerangkan kedudukan saya dalam STAROBA dan FOS. Saya tetap bekas murid STAR. Bila ditanya dulu belajar di mana, sudah tentu saya jawab di STAR Ipoh. Saya tak dahulukan kolej, University walaupun jika saya graduan Oxford sekali pun. Itulah saya. Bangga dengan STAR. Saya bekas murid STAR. Saya sentiasa mengulanginya. Saya juga contribute kepada kejayaan STAR. Saya keluarkan keringat, untuk STAR benar-benar bersinar sebagai bintang. Saya berjahit dagu. Saya berjahit kepala. Ada besi di tangan dan tengkok saya. Ini contribution saya. Saya bangga dan menjaja nama STAR di mana saja. Saya budak STAR.
Bekas murid STAR sudah pastinya menjadi murid tua STAR. Ada persatuan bekas murid tua dipanggil STAROBA. Saya juga ahlinya. Saya ahli seumur hidup berangka giliran 124. Saya sudah dua kali mendaftar sebagai ahli seumur hidup. Sekarang pun saya jika disemak dalam buku pendaftaran (saya tidak yakin ada) masih sepatutnya ahli seumur hidup, kecuali jika persatuan kerana kelalaian ahli jawatan kuasa tidak mencukupi keperluan pihak ROS, STAROBA sudah terbatal. Jika ini berlaku saya sudah hilang kelayakan sebagai ahli STAROBA.
Kini saya juga sudah menjadi ahli satu lagi persatuan yang dipanggil Kelab Sahabat STAR (Friends of STAR, FOS). Saya kini ada dua keahlian pada persatuan yang bersangkut paut dengan STAR. Dulu saya juga cuba memberi contribution untuk STAR melalui Staroba. Mungkin tidak banyak keringat dan wang ringgit yang saya mampu keluarkan tetapi tidak malulah saya mengaku saya ahli staroba yang berusaha.
Apabila AGM tamat saya lihat ada ruang untuk meningkatkan usaha mengembalikan STAR ke status yang lebih baik. Saya berkeyakinan jika mengikut trend STAROBA membantu STAR, mungkin saya juga akan sama perlahan. Apabila satu Kelab FOS dicadangkan dan niatnya untuk “payback” ke STAR, saya merampas peluang ini.
Kini saya sudah 1 quarter berusaha melalui FOS. Staroba pula tidak memerlukan apa-apa dari saya. Mungkin seperti kata orang Kedah “untuk menghabiskan beras” perlulah orang seperti saya. Makan dijamuan buka puasa, makan dijamuan hari raya atau makan dijamuan …(apa lagi ya?), oh ya, tunggu makan dijamuan OBW sudah saya puas kerana setiap tahun sudah saya pekena.
Masa sudah singkat. Elok juga cari ruang lain pula. FOS menawarkan ruang baru. Sekurangnya ada juga peluang membantu menyinarkan STAR. Di sinilah saya. Saya gembira dengan beberapa usaha sahabat sejati STAR. Pintu pagar, kelab ragbi STAR, perbelanjaan pasukan STAR, derma siswa, kini wakaf, landskap dan baru-baru ini submission ke Kementerian Pendidikan untuk grant baik pulih sekolah. Walau pun timbul issue besar dengan usaha ini, saya rasa childish sungguh untuk mana-mana pihak ‘berhingar-pingar” tentang grant ini. Siapa sahaja berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk STAR elok juga. Tidaklah perlu sesiapa mendabik dada. FOS pun mencuba. Dapat alhamdulillah. Yang untung STAR. FOS kerana berbaik-baik dengan pegawai Kementerian telah menyambut galakkan Dato Hamzah untuk memohon grant ini. Apabila dalam perjumpaan diminta STAR membuat estimate untuk perbelanjaan repairs, beberapa orang dari FOS( quantity surveyors) telah membantu STAR dan diluluskan pula oleh Kementerian. Sama ada Dato Hamah, Pengetua atau FOS punya usaha, tidak perlulah dipuji dan dicatit pula. Untungnya STARlah juga.
Saya perlu bertanya. Saya dengar ada timbul angkara. Betulkan STAROBA menyoal usaha ini? Adakah Pegawai Kementerian disoal kerana berurusan dengan Pengetua dan melalui FOS dan tidak dengan STAROBA? Tidak untung apa jika Staroba complain terhadap FOS dan Pengetua. Silap haribulan Pengetua yang cemerlang, yang ada class untuk menaikan STAR terpelanting keluar. Nanti orang kata celaka bekas budak-budak STAR.
Sebenarnya FOS atau STAROBA bukan “stakeholder”. Apa-apa pun, usaha ini hanya sebagai volunteer.
Saya perasan beberapa orang dalam FOS sudah terasa tidak selesa. Semenjak AGM, campaigning luar biasa, ada pula yang berpura-pura (saya juga ada dalam mesyuarat AJK Staroba lama, bermesyuarat terakhirnya) dan kini mengganggu usaha FOS membantu STAR dengan menyoal dan memburukkan keadaan, elok sungguh Staroba mengkaji apa matlamat sebenar pertubuhannya. Bagi FOS, meluahkan kemarahan terhadap seseorang yang provoke mereka telah timbul dengan naturally. Sudah hilang sabar agaknya. Sudah jadi opportunist pula. Ini macam melepaskan tumbukkan walau pun peninju sudah tumbang. Jika nasib malang, pengadil akan membatalkan kemenangan pula. Ingat kita bukan berotak kosong. Devil akan control an empty brain. Pikiaklah!
Jom kita lihat apa lagi peluang. Hentikan sengketa. Marilah berjuang. Kita ada ruang. Luas. Mahu atau tak mahu sahaja. Kalau STAROBA mahu boleh sama-sama membanting tulang. Terpulang.
Sekolah inginkan mathematics tuition. Inter class debate, mungkin penambah-baikan communication skill, rewards pada setiap kejayaan, membina semangat juang, motivasi, orchestra equipments, mentoring, internationalization dan semua ini perlukan belanja. Fikir-fikirkanlah.
Saya memohon maaf jika ada menyentuh hati sesiapa sahaja dan saya dengan berat hati cuba tulis dengan seiklas-iklasnya. Kadang-kadang berlakun, tidak iklas lebih disukai tetapi tidak mendapat desired effect.