Tutup cerita
Sudah banyak berlaku kebelakangan ini. Kita telah bersama-sama menyambut pemberian Allah. Hanya dua hari lepas FOS telah bersama-sama meraikan dan menyambut menantu kedua saya tahun ini. Alhamdulillah dan terima kasih.
Saya juga memohon maaf jika jamuan tidak sempurna. Saya realise apabila sahabat-sahabat memberi support, kenduri yang kecil akan mengembang besarnya. Sahabat ramai yang hadir. Dari dekat dan jauh nun dari Johor Bahru.
Yang akan mengadakan kenduri di masa hadapan, FOS insyaAllah akan memeriahkan dan bersama-sama memohon rahmat dari Allah. InsyaAllah dapat berkat. Saya hanya mahu cadangkan supaya confirmation diberi secepat-cepat supaya kemah yang luas terbentang dapat dipacak. Cumanya kita sudah biasa dengan "attendance is compulsory" maka ramai masih rasa tidak perlu membuat confirmation kerana ianya sudah compulsory.
Terima kasih sekali lagi. You all make me very happy sehinggakan sentiasa saya tersebak melihat kedatangan sahabat-sahabat. Entah berapa kali saya tersebak cuma mampu mengawal diri. Saya gembira teramat walaupun jamuan-jamuan tidaklah hebat.
FOS pula rancak mengedar sticker kereta FOS. Kalah goodybags saya. Ada seorang sahabat apabila diberi sticker FOS dia kata, "ambik pi lah". Saya terdengar dan perception saya ialah dia tidak gembira dengan pemberian FOS. Rupanya dia tidak gemar melekat sesuatu pada cermin kereta.
Malam itu batch saya mengadakan our annual dinner. Saya keletihan sangat. Bila berbual dengan isteri timbul sangat keinginan untuk hadir. Saya takut mungkin umur tidak panjang dan tahun hadapan mungkin sudah tiada ruang untuk berjumpa. Saya hadirkan diri juga.
Saya juga diminta memberi sepatah dua ucapan. Saya juga selitkan sedikit cerita FOS. Saya ingin catitkan lagi yang FOS ini satu perkumpulan sahabat-sahabat bekas murid STAR yang ingin menyambung bakti dan membalas budi kepada STAR. Keahlian dibuka pada sesiapa sahaja tidak terhad pada bekas pelajar STAR sahaja. FOS bukanya STAROBA Dua. Bukan another STAROBA. Ianya dipanggil kelab Friends of STAR.
Kita recognise ramai dari ahli kita yang ada good relationship, connection, contact dan yang alhamdulillah hebat sekali di"sukai" oleh masyarakat luar. Mereka-mereka ini sangat juga prihatin terhadap "the noble cause of giving back to STAR" dan telah surrender untuk diapproach dimana dan diketika apa sahaja. Kita FOS pun ambil dayausaha dan merancang untuk mencari idea membantu STAR. Kini apabila diseru oleh pengurusan sekolah, kita melompat mengatur dan menyempurnakan alhamdulillah kehendak sekolah. Kita dengan rela hati iklas melakukannya. Sebenarnya bukanlah senang. Ianya tidak datang menggolek. Dulu lain. Dulu ada pak-pak menteri dan timbalan menteri menerajui Staroba. For a change mereka ditukar pula. Rugilah Persatuan STAROBA. Kenalah buat dan keluar duit sendiri pula.
Itulah cerita Friends of STAR. Segala persoalan yang timbul website staroba.my sudah cerita dengan sangat clear. Kini apa orang lain kata kat kita tutup telinga. Jom kita tutup cerita RM 490K kita dan RM 190K Persatuan STAROBA!.
Kini ditakdirkan Allah kawan Tamunif( yang suka berkawan, bersaudara dan melayan semua seperti sahabatnya) pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan. Wajib kerja kuat lagilah Friends of STAR. Kalau Persatuan STAROBA inginkan sepotong dari "kek jasa" yang teramat besar ini, dijemputlah berusahasama. Jika ada ruang berkerjasama bolehlah memohon bantuan FOS, supaya matlamat memajukan STAR dapat dikecapi bersama.