Pinjaman PTPTN: Wajib Miliki Akaun SSPN

Para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan intitusi pengajian tinggi swasta yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) diwajibkan untuk memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN) bermula tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, langkah sedemikian diwajibkan bagi menggalakkan budaya menabung sebagai persediaan membangunkan kelestarian PTPTN seiring dengan pelancaran semula SSPN.
"Pelajar boleh membuat simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa di cawangan bank terpilih bagi memudahkan urusan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN," katanya selepas merasmikan Seminar PTPTN bersamaIPT, Majlis Pelancaran Semula SSPN dan Penyerahan Endowment Pendidikandi sini, Rabu.
Moral cerita: Orang miskin bertambah papa. Kalau dia dah ada duit nak melabur kat SSPN buat apa dia nak pinjam PTPTN, baik dia SKNPJNNNautaN ajer. Fish rots from the head but elephant rots from the ass...