Search

Follow Us

Selamat Jalan Pak Pin


Satu jamuan telah diadakan di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang untuk mengucapkan selamat jalan kepada sahabat seperjuangan, teman setia dan rakan karib kita Pak Pin pada hari Jumaat 14hb Julai, 2011. Pak Pin yang pada masa ini sedang bercuti akan berangkat pulang ke kampung beliau di Jeddah, Arab Saudi besuk 16hb Julai, 2011.

Sebahagian besar yang hadir ialah dari Batch 74 termasuk saudara kita yang lama tak jumpa Roslan Mat Diah. Ketua debat Bahasa Malaysia STAR, En Fathil Shariff (semangat debat Bahasa Malayisa beliau tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun) juga meluangkan masa walaupun baru dapat cucu. Jamuan telah dibiayai oleh boss besar kita saudara Rostam Wahidin.

CLICK FOR MORE PHOTOS