Search

Follow Us

Pemenang Hadiah Pakej Umrah Peraduan Menulis Cerita FOS

Pihak peganjur, Sdr Pak Pin, telah mengumumkan pemenang hadiah pakej umrah pertandingan menulis cerpen yang dibuat pada lewat tahun 2010. Pemenang yang hanya ingin dikenali sebagai Abu Faridzman telah menghantar sebuah cerita bertajuk "Bintang" dan telah memenangi pekej umrah ini.

Disertakan disini cerita tersebut untuk tatapan semua. Cerpen ini dibahagikan kepada 4 bahagian dan pada hari ini kita siarkan bahagian pertama:

BINTANG BHG PERTAMA

 

**********

8 haribulan Januari 1969

Abu Faridzman
Tingkatan Khas B
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Tiger Lane
Ipoh, Perak
Malaysia.

Assalamualaikum Emak,

Chek dok pikiak pasai Mak dan keluarga. Apa habak semua? Chek sihat sejahtera. Chek dah mula belajak. Kelas kami di salah satu bilik di asrama hitam. Kami diasingkan dari pelajar lain. Kami dikawal sedikit dari pelajar lain kerana takut dibuli. Sekarang ini Chek dalam kelas malam. Kami panggil "prep", kelas persediaan. Tadi masa nak masuk kelas malam ada abang-abang rumah hitam masuk kelas. Depa mai nak berkenalan dengan kami. Ada satu abang tu dia kata nama dia Kedah dari Hamid. Dia tersasou. Dia sembang dengan kawan Chek dari Baling. Dia, bila dengak Baling, menjerit kuat-kuat, " this is an announcement, ayam dibaling tak makan padi". Dua tiga orang kami yang dibarisan hadapan dengan serentak bertanya, "awat?". Sambil bergegas keluak, dia sambung lagi menjerit, " hampa pikiaklah sendiri". Hari sebelum ini dia masuk kelas kami dan buat pengumuman suruh kami hantak kasut sekolah ke dobi juga. Orang panggil dia "joker".

Chek kena mula guna bahasa Malaysia betul. Nanti bila guna pelat Kedah takut depa gelak kat Chek. Tapi semua boleh paham loghat Kedah. Loghat Kelantan teruk sikit. Ramai juga dari Kelantan. Depa pandai-pandai belaka. Mungkin banyak makan ikan. Ada yang bawa budu ke sekolah.

Tadi dah siapkan kerja rumah. Oops, kerja asrama. Cikgu suruh cari makna beberapa perkataan Inggeris. Chek kenalah beli kamus Melayu/ Inggeris. Duit yang 10 dollars tu dah tinggal 5 dollars. Chek akan berjimat cermat.

Memang Alhamdulillah STAR ini macam hotel lima bintang. STAR terletak di kawasan seluas 40 ekar. Dua Padang bola, dua padang ragbi, satu padang hoki, gelanggang takraw, basketball, tennis, badminton dan volleyball terbentang luas untuk 600 pelajar beriadah. Luas sungguh. Walaupun semua 600 pelajar berlari kehulu kehilir tidak mungkin berlaga.

Asrama untuk pelajar ada 8 buah. Satu bilik sakit dan sebuah dewan besar mampu menampung pelajar. Sebuah dewan makan yang luas boleh menghidangkan 600 pelajar makan serentak setiap masa.

Chek hari Isnin baru ini kena berhimpun di Dewan Besar. Luas dan berlantai kayu. Depa kata "parquet". Taklah perlu beratur di tengah panas macam di sekolah rendah dulu. Chek tengok ada banyak papan-papan nama tergantung di dinding dewan, Rupanya nama-nama pengetua, pelajar terbaik, ketua pengawas, olahragawan dan johan sukan antara rumah-rumah akan diukir. Nama terukir terawal sekali ialah bagi tahun 1957, tahun sekolah ditubuhkan. Mak doalah supaya nama Chek terukir sebagai pelajar terbaik. Kalau tak dapat, sebagai ketua pengawas atau olahragawan pun elok juga.

Bangunan akademik 3 tingkat, satu blok bangunan untuk pembelajaran sains dan teknikal dan sebuah perpustakaan luas mampu juga memberi keselesaan kepada pelajar yang 99% dari mereka dari desa. Semua bangunan batu, mak. Taklah macam di sekolah lama Chek. Dinding dan lantai sekolah Chek dulu dari papan. Kini selesa. Diselesakan dengan kipas siling yang sentiasa dipasang di mana saja.

Memang sekolah ini 5 bintang.

Semalam kami dijamu nasi berkari ayam. Sedap Mak. Kami ada meja masing-masing. Chek duduk berempat orang, dua dari kelas yang sama dan berempat kami dari dormitori yang sama. Chek tak dapat paha ayam kegemaran Chek semalam. Ada satu ketul paha sahaja dalam mangkuk gulai. Chek masuk saja dewan makan, kawan Chek dah cucuk garpu pada paha ayam tu. Chek terlambat. Kami mesti menggunakan sudu dan garpu. Ayam yang besar-besar dah habis kawan Chek cucuk dengan garpu. Depa "booking". Dengar kata hari Sabtu ni dihidang daging. Chek nanti cuba pi awal supaya dapat "booking" daging yang besar. Yang "booking-booking" ini pelajar-pelajar baru sahaja nampaknya. Chek kenalah ikut. Nanti sentiasa dapat yang kecil, lambatlah Chek besar.

Minggu depan kami kena berlatih bola. Ada pemilihan untuk wakil rumah. Chek rumah biru. Chek kena main "terra-terralah" baru boleh terpileh. Nampak gaya pelajar sekolah ini besar-besar belaka. Chek mungkin yang terkecil sekali. Tak apa, kecil-kecil cili Melaka. Depa kata kena pakai kasut bola. Kawan sebelah katil Chek ada bawa kasut bola getah Fung Keong. Dia kata 2 dollars sahaja. Chek nanti nak beli yang itu lah.

Tentang duit, Mak tak perlu risau. Kami semua dapat seorang 25 dollars sebulan. Chek kaya. Bolehlah Chek kirim untuk belanja sekolah Adik Din sikit. Makan pun tak payah belanja. Kami makan 4 kali sehari. Mak tak payah hantar duit.

Ada orang kutip kain baju kami untuk didobi. Nombor dobi Chek TK 30. Nama orang dobi tu Shuib Dobi. Sabun yang mak beli tu Chek simpan sajalah. Cuti nanti Chek bawa balik. Chek tak perlu basuh sendiri.

Maaf Mak, loceng tamat "prep" baru bunyi. Kena balik bilik untuk siap-siap nak tidur. Kena pasang kelambu. Lambat kalau nanti pengawas tangkap. Nanti kena tanya, "awat lambat". Tempat tidur, mak jangan risau. Selesa teramat. Tilam "Dunlopillo" tebal. Kipas siling boleh dipasang laju-laju. Chek tidur nyenyak. Ada seorang rakan tu dia malam saja menangis. Ingat pada mak dia agaknya. Dia sentiasa tidur dengan menghisap ibu jari. Manjalah tu. Tapi tak ada siapa pun yang kencing tilam. Di bilik sebelah kami ada dua orang kencing tilam malam pertama di STAR.

Sampaikan salam pada semua keluarga terutama pada Abang Chad Posmen. Mak minta dia bacakan surat Chek ni ka? Elok tu. Mak mintalah Abang Chad tolong karangkan surat jawapan mak nanti. Chek janji akan tulis surat tiap-tiap minggu tapi Mak mesti balas.

Sekian, wasallam.

Yang merindui Mak,

Anakmu di STAR.

Surat pertama aku kepada Emak yang tersayang.

Tahun sebelumnya, tahun 1968 aku diberitahu tentang STAR. Kononnya sekolah ini termashur. Terbesar dan tersohor. Terindah. Tertinngi tarafnya. Cikgu Syed Osman, guru Bahasa Inggerisku kata aku terpileh untuk peperiksaan ke sekolah asrama penuh. Boleh pileh antara STAR atau SDAR. Cikgu Syed kata, "pilehlah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR). Aku tanya, "awat pileh STAR Cikgu?" Kata dia, " STAR five star. Perlulah mendapat markah antara yang teringgi baru terpileh ke STAR..

Hari ujian aku dibekalkan satu balut sireh pinang berkapur. Bila aku tanya ibu, "awat chek kena makan sireh?". Kata ibu, "orang alim di kampungku telah berdoa dan dia membekalkan aku gulungan sireh jampi ini". Aku mesti kunyah dan telan kesemuanya. InsyaAllah mampu menjawab soalan dengan tenang. Memang tenang. Apa tidaknya, aku hari itu terasa "high", separuh mabuk pinang. Mujur tidak pengsan. Bersyukur aku kerana sedar dan mampu menjawab soalan dengan baik.

Aku tahu tentang surah"Iqra".Maknanya dan pengajaran yang perlu diambil manfaat. Sepatutnya kita disuruh baca. Belajar. Study hard! Bukan dengan jampi dan air penerang hati. Bukan dengan sireh pinang. Juga tidak dengan hanya solat hajat berjemaah. Nabi tak suruh. Disuruh doa banyak-banyak selepas berusaha. Kena tawakal.

Rupanya ramai juga mengujah sireh sebelum memasuki bilik peperiksaan. Bila mereka buka mulut, nampak gigi yang kemerahan. Merah sireh pinang.

Awal Januari 1969, aku hampir sudah lupa tentang STAR. Maklum saja budak beringus desa berumur 12 tahun. Cuti akhir tahun hanya diisi dengan bermain, bermain dan bermain sahaja.

Di tahun 69 ini permulaannya, mimpi-mimpi STAR menjadi kenyataan. Abang iparku berpeluh mengayuh basikal ke kampungku. Dari saku seluar, satu surat dikeluarkan. Surat tawaran keSekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh Perak. Satu senarai barangan disertakan. Satu surat pemeriksaan doktor juga dikepilkan. Surat yang aku tidak tunggu dan subjeknya sudahku hampir lupa. Aku harus berangkat ke Ipoh hari Sabtu minggu itu juga. Ahadnya aku harus lapurkan diri di STAR.

Ibu, aku dakap dan tangannya aku kucup. Aku terasa ibu sedang sebak. Aku cekalkan hati. Aku tidak mahu menangis. Di hadapan ramai sahabat dan keluarga pula tu. Aku mengendong sebuah beg peti. Disedekah jiran sebelah rumah berserta beberapa helai pakaian termasuk seluar pendek biru anak jiran aku, yang mungkin 2 saiz terlebih besar. Aku membonceng basikal abang ipar aku. Basikal ini berpelantar besar membuat dua kaki aku tidak mampu dilonjor kebawah. Terpaksa aku bersila. Sempat aku melambai dan menggamit rakan-rakan yang tercengang-cengang memerhati keberangkatan aku. Aku tidak sempat menerangkan apa satu. Mereka juga melambai dan menggamit tanpa mengerti tujuan lambaian aku.

Perjalanan berbasikal ini jaraknya 7 kilometer. Jauh, tetapi bagi aku tidaklah sejauh mana. Aku sudah biasa. Jalan inilah aku berulang alik kesekolah. Kadang-kadang naik bas. Tak berduit berjalan kaki. Tambang bas walaupun 10 sen tetapi kami tidak mampu. Kalau aku ada lima sen, aku naik di separuh jalan atau menumpang basikal jiran-jiran yang budiman. Aku, jika ada cukup 10 sen mampulah berselesa sedikit menaiki bas ke sekolah. Kadang-kadang aku punyai 5 sen sahaja. Aku akan berlari pantas dan menunggu bas di separuh jalan. Latihan larian ini kemudiannya telah meletakkan aku sebagai olahragawan STAR. Aku sudah tentu perlu berlari pantas untuk mengelakkan terlepasnya bas yang jadualnya sejam sekali. Alhamdulillah kerananya "sprinter" pula jadinya aku.

Kami bermalam di rumah kakak ku di bandar. Aku perlu menjalani pemeriksaan doktor keesokannya. Bila sampai di hospital esok paginya, sudah menunggu dua kawan sedarjah aku. Seorang lelaki juga ke STAR dan yang perempuan ke STF (Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru). Aku bila diberitahu sahabatku apa yang diperiksa doktor, bergegas ke bilik air. Aku menggunakan sehelai sapu tangan yang dibekal ibuku untuk menggosok gigi. Risau. Aku takut kerana gigi tak bergosok, tidak dibenarkan ke STAR. Aku melalui beberapa ujian, diambil X-ray dan dibenarkan pulang. Menyesal aku menggosok gigi hingga berdarah. Gigi tak pula diperiksa. Kawan aku penipu.

Esok pagi setelah ditambah pembelian beberapa barang perlu, abang iparku membeli tiket keretapi untuk kami ke Ipoh bagi perjalanan pagi itu. Aku sangat gembira. Aku datang ni STAR!

Aku tidak diajar cara musafir. Tidaklah langsung aku risau tentang solat. Kebolehan untuk qasar atau jamak tidak siapa mengajar. Mungkin juga kerana aku masih belum baligh.

Sebenarnya ini perlu. Semua anak-anak aku, aku ajarkan hukum solat musafir ini.

Memang benarlah. Aku seperti rusa masuk kampung. Ini kali pertama menaiki keretapi. Sepanjang perjalanan aku tertanya-tanya rupa sekolah menengahku. Setiap bangunan besar, aku meneka yang ianya STAR aku. Setiap kawasan berbangunan indah dan berkompoun luas nescaya sekolah akulah juga tekaannya.

Aku dibekalkan dua bungkus nasi. Satu aku nikmati dalam perjalanan keretapi. Sambil memerhati pemandangan yang indah dan baru bagiku. Bekalan licin aku kerjakan. Ketika mengkelan, air paip tandas keretapi aku legakan. Ibu berpesan supaya sebungkus lagi yang telah dibalut dengan daun pisang dimakan bersama kawan-kawan ketika sampai di STAR. Ibu berpesan untuk sama-sama berkongsi makanan. Kata ibu, " Allah suka pada yang memberi makan dan memberi salam pada yang kita kenal atau tidak kenal".

Petangnya kami tiba di Ipoh. Beberapa orang abang-abang menegur kami ketika turun keretapi dan setelah mengetahui kami juga kedestinasi yang sama, mengajak kami berkongsi teksi ke STAR. Lega. Salah seorang dari mereka rupanya menjadi pengawas dan kemudiannya tinggal satu dormitori dengan aku. Mat Darius namanya.

Aku dimasukkan ke dormitori 4. Sudah ada di dorm beberapa pelajar ketika aku sampai. Abang aku terus beredar setelah urusan pendaftaran selesai. Aku sudah berseorangan sekarang. Hanya ditemani kenalan-kenalan baru. Kenalan yang ramai kemudiannya, dengan masing-masing punya misteri. Semuanya menjadi bintang. Bintang STAR, lima bintang.

Malamnya aku mengeluarkan nasi bungkul bekalan ibuku. Masing-masing yang lain juga ada bekalnya. Bau semerbak daun pisang dapat dihidu dalam dorm kami. Semuanya membawa nasi dibungkus dengan daun pisang. Bezanya siapa membawa telur rebus lebih banyak. Aku bawa dua biji telur rebus sahaja. Ada seorang bawa sedozen. Rupanya keluarga dia memelihara banyak ayam di kampung. Menu kami serupa, rupanya. Telur rebus. Dalam kami sedang menikmati makan malam, masuk pelajar baru yang kemudiannya mashur dengan nama timbangan Bruce Lee. Beliau sampai lewat. Beliau membuka bekalan beliau dari mangkuk bertingkat yang beliau bawa. MasyaAllah. Macam-macam lauk pauk ada. Rupanya jiran-jiran di kampung beliau mengadakan kenduri kesyukuran di atas kejayaan beliau ke STAR. Rezeki kami.

Tidurku malam itu sungguh nyenyak. Lima Starlah katakan? Tilam Dunlopillo. Tebal dan empuk. Bercadar putih, baru dan diselesakan dengan berkelambu. Tiada nyamuk seperti di kampung. Tidak panas. Kipas berpusing laju. Paling laju.

Memanglah STAR 5 Star. Selesa, luas dan cantik. Moden.

Fasiliti 5 bintang ini Alhamdulillah telah mengeluarkan graduan hebat yang telah memimpin negara sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Ketua Setiausaha, Ketua Pengrah, Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif, Professional, Akitek, Engineer, Doktor, Peguam, Ahli Perniagaan dan Pentadbir serta Pendidik. Ya, STAR 5 bintang mengeluarkan ramai bintang-bintang negara. Dalam diam-diam aku berdoa, " InsyaAllah aku juga salah seorang bintang".

STAR 5 Star ini telah menerima dan membentuk ramai graduan yang hebat-hebat. Aku bangga berkenalan dan membesar dalam kelompok dan kampus STAR ini. Aku juga kemudiannya sama alumni. Berbagai pengelaman yang aku timba bersama mereka-mereka ini.

STAR gelanggang berlatih untuk berdikari dan jati diri. Setiap pelajar harus menjaga diri. Membentuk personaliti. Di sini setiap pelajar akan membentuk akhlak sebaik akhlak Islamik. Akhlak terbaik seperti akhlak Nabi. Dalam AlQuran, difirman Allah "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang

amat mulia." (Al-Qalam:4).

Peringkat umur tiga belas ke lapan belas tahun ini adalah peringkat yang sangat kritikal untuk dibentuk dan dididikkan.

Ilmu Agama dan akademik dicari oleh satu kelompok yang dibentuk dari kecil lagi. Kami dikumpulkan dalam suasana "mencari". Carian yang kemudiannya dibahas tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan. Kami berkelompok membina satu budaya sendiri. Kami cuba mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah. Inilah pusat pembentukan. Kami akan mengikut kebudayaan "mencari" ini yang telah terbentuk sekian lama oleh abang-abang terdahulu lagi. Abang-abang ini membentuk acuan budaya STAR. Budaya inilah bagi adik-adik kemudiannya sebagai cara hidup kami. Aku yakin ketika di STAR, sedikit sebanyak cara hidup baik dapat aku kecapi dan teladani.

Aku seperti yang lain-lain juga aktif dalam sukan. Dari desa kami datang, membentuk pasukan dan mampu pula menjadi johan. Ada pasukan yang mencapai kejohanan seluruh Malaysia. Aku sempat belajar berusaha bersungguh-sunggh, bergerak satu pasukan, berlatih kuat-kuat, mengatur strategi dan memimpin. Latihan ini memberi aku ruang yang lebih luas dalam urusan perniagaan aku kini. Sememangnyalah STAR 5 bintang.

Aku belajar cara menang. Aku membentuk sifat tidak reda kalah. Aku membentuk sifat bersungguh-sungguh. Dibanyak keadaan, matlamat menjastifikasikan cara. Pernah aku menyumbat gol dengan menggunakan "backstick", dalam pertandingan hoki. Walaupun undang-undang melarang "backstick play" aku mencuri-curi melakukannya. Aku juga pernah memukul betis pemain lawan kerana beliau di "wrong side". Betis beliau kena "hairline fracture". Dalam permainan separuh akhir hoki seluruh Perak, aku menerjah muka kaptan pasukan lawan hingga patah dan berdarah hidungnya dan kerananya aku digantung dari perlawanan akhir kemudiannya.

Biasa juga aku dipanggil oleh "starter" olahraga. Beliau memberi amaran supaya tidak mengulanggi "trick start" aku lagi. Aku selalunya apabila starter melaung "get set", tidak menyediakan diri terus, tetapi "get set" hanya selepas pelari yang lain telah lama bersedia. Setelah yang lain bersedia agak lama, baru aku pula "get set" dan akan terus pecut. Ini memberi aku sedikit "advantage start". Ini untuk menang. Untuk STAR yang 5 bintang! Mungkin hadiahnya tak setakat mana. Pingat satu dua. Yang mustahaknya membina nama. STAR 5 bintang namanya.

Pengetua gembira dan sentiasa memberi habuan kepada kami yang menang sebarang perlawanan dan perlumbaan. Di tahun akhir aku di STAR, banyaklah sumbangan dari Pengetua yang aku dapat. Sepuluh ringgit untuk satu perlumbaan dan satu peluang untuk keluar ke bandar. Sepuluh ringgit itu banyak. Biasiswa Persekutuan dan wang poket hanya 25 ringgit setiap orang. Kalau ada dua perlumbaan lari berganti-ganti minggu itu, InsyaAllah 20 ringgit kami dapat seorang. Setiap minggu di penggal kedua persekolahan, ada saja jemputan untuk perlumbaan lari berganti-ganti. Kaya aku!

Persahabatan dan persaudaraan juga sangat aku sanjungi. Sanjungan lima bintang. Tidak kira dari kampung, negeri mana, kaya atau miskin, kasih sayang terbentuk. Persahabatan akan kekal walau pun sudah meninggalkan sekolah. Walau pun sudah terbang ke luar negara, seperti salah seorang kenalanku, Sheik Said kami masih lagi berhubung. Sheik Said bin Sheik Ismail, seorang pelari dan pemain ragbi sekolah melayanku seperti adik dia sendiri.

Surat aku sebelum meninggalkan STAR aku kepilkan dibawah ini.

 

**********

September 1974

Abu Faridzman
Form 5 Commerce
STAR,
Tiger Lane,
Ipoh, Perak.
Sheik Said Sheikh Ismail
Leeds University
England, UK

Dear Said,

How are you doing? I hope you are getting on well with your studies.

I am doing just fine and am studying hard. Exam is a couple of months away and we have completed our athletics and rugby tournaments. It is now study time.

We were recently crowned as the Perak School Athletics Champion and the Malaysian School Rugby King. We were also the inter-premier school rugby champion. I was involved in both the tournaments. I was shuttling between athletics and rugby. Rugby tournaments were brought forward a bit earlier so that we could finish the season early to allow us time to focus on our MCE.

The running spike you gave me served me well. I was the sportsman of the year and was appointed as the school athletics captain. It was also borrowed by a couple of other runners. It was very well used. Too well used. It got torned a bit but I managed to get it stiched by a cobbler at the old town.

It was a great sportsday. The best so far. We even had it recorded and showed during one of the cinema night. As I was the school athletics captain, it was customary that I took the oath. Our blue house emerged as the athletics champion.

By the way Brother Sheik, I wonder how you all managed those record breaking runs. We didn't break your sprinting records. The 100 and 200 meters records are intact. We couldn't break any relays records either. Maybe we lagged proper coaching. We learned from the seniors some tips in training and running technique and that is all. We have athletics teachers but they don't coach. Similarly for rugby, they may blow whistles and be referees but no tactical coaching. I believe if the football, hockey and rugby players are trained tactically and in running techniques, develop their sprinting and stamina, these players can go far.

We beat Selangor in the Malaysian school rugby championship and a few of their players were from RMC and were in fact from STAR formerly. For the premier cup, MCKK was our victim. This year we swept all the major games awards. We were champions in football, hockey, volleyball and cricket. We made the school proud. The headmaster Cikgu Yahaya Shafie was very committed. He even allowed the formation of a cheering team. The cheering team could take out the drums and other instruments to cheer for us. You will be surprised with the many songs they wrote and sang during these games.

With excellent co-curriculum activities, I believe this year many of my mates will get scholarships to further their studies in UK. We have 2 sciences and 2 engineering classes. Many from these two streams will opt for oversea studies. I am in commerce class. My girlfriend in Keramat, Kuala Lumpur and I, have decided to get places in ITM. She is planning to do Mass Communication and I, the External Marketing Course from the Chartered Institute of Marketing, UK. So I won't be joining you.

I am sure you are aware that we lacked carrier guidance. None of the teachers had experience in counselling us. We are left to ponder and wonder. I was talking to my commerce teacher and being a graduate in business administration agreed and advised me on pursuing the External Chartered Institute of Marketing professional course. I am lucky but many are at a lost. If STAR has no counseling teacher, I bet the rest of the schools are also in a similar situation.

I am able to review these marketing opportunity because I spent time readings. I read magazines, newspapers and many books. I realized readings make you smarter, creative, innovative and knowledgeable. Readings have not become a culture among us. We rather talk rubbish, jokes or gossips. We can tell a person is a much read person when he speaks, discusses or dialogs among themselves. Some just kept quiet because of their lacking in communication skills and ignorance on the subjects.

In your earlier letter you mentioned about coming home for the Christmas holiday. I am surprised that you never came back since 1971. I am sure funds are scarce. A friend in MCKK told me that their MCOBA, the old boy association, sponsored some of their students tickets for a yearly return home. The MCOBA is able and willing to sponsor but I wonder if STAROBA is.

Please drop in at my house. I am still staying in the same house but we moved it 100 ft away from the old site. We moved the house to the new location because our neighbour, on whose land we squatted wanted it back. So we moved the house with the villagers help. Luckily it was a small house.

I will keep this year's Perintis magazine for your reading. You can take back to Leeds to share with your STAR's gang. I am expecting my submission to be printed. I compiled a nice poems on Friendship.

I am enclosing a STAR logoed letter opener for souvenir. This is a project by our fifth form association to collect fund for our trip to the south after our exam. The association is very active. I am sure we are learning well on organizing skills. Some of us are leading the projects teams and will benefits from the experience as team leaders. I hope the school can encourage similar skill developments among the different classes and benefits as we do. Maybe organizing for fund raising activities on a larger scale can be developed. When I play games I don't go all out. Scared of injuries as what happened to the rugby player in 1969. If we set-up a fund to assist the sportsmen with injuries, the worries may be minimised. I am sure some injuries can be permanent and the injured must be taken care of. Coming from the Kampungs, many of our parents are poor. The oldboys association may take this challenge too.

I have this concern on our communication skills. Not many are exposed to speaking in publics except the debaters. We have 36 house debaters and probably a few floor speakers. That is all. There is no other program for developing communication skills. Some do speak English. English with Kelantan and Kedah slang. We need some communication skill development program so that after school we will excel in interviews and can do great presentations at Universities. I am sure if we conduct public speaking classes for school leavers, write essays in essay writing contest, spelling and dictation taking contest or participate in public forums, dialog, story telling and seminars, many will have developed these public speaking skills. A more elaborate School English Language Club set up, may help. You may be able to suggest to the school. Your exposure in England may bring immense benefits to students of STAR.

Well brother, so much for now. Will be pleased to receive your reply soon. Please send the letters to my home address.

Thank you. Wasallam.

Yours sincerely

Abu Faridzman.