|
Editorial
|
|
Written by Rostam Wahidin
|
|
Thursday, 05 August 2010 02:32 |
|
Sukacita dimaklumkan bahwa pihak kami telah menubuhkan sebuah kelab dengan satu objektif; membantu STAR samada dari segi kewangan, material ataupun kepakaran. Kelab ini sedang dalam peringkat pendaftaran dan dijangka akan diluluskan tidak berapa lama lagi. Untuk makluman sekali lagi KELAB INI HANYA BERFUNGSI UNTUK MEMBANTU SEKOLAH SAHAJA dan tidak ada program khusus untuk kebajikan ahli.
Yuran yang telah ditetapkan ialah RM1 untuk seumur hidup. Dana kelab akan diperolehi dari pihak-pihak yang simpati dengan objektif kelab kearah mempersadakan STAR sebagai sebuah sekolah yang ternama di Malaysia. Sehingga kini kelab telah memperolehi dana sebanyak RM20,000 dan sedang merangka program-program yang sesuai untuk meningkatkan amaun dana yang akan membolehkan kelab menyumbangkan lebih banyak peruntukan kepada STAR.
Keahlian adalah terbuka. Keahlian juga tidak terhad kepada bekas penuntut sahaja. Borang pendaftaran akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi. Jawatankuasa protem juga telah membuat keputusan bahwa mereka yang mendaftar sebagai ahli akan dihadiahkan dengan satu sticker kereta dengan logo kelab dan sekolah. Lakaran sticker akan disiarkan di web site ini apabila ianya disiapkan oleh pelukis.
Buat masa ini sesiapa yang menyokong kelab ini boleh mendaftar sebagai pengguna berdaftar (registered user) dan apabila kelab ini didaftarkan mereka akan dimaklumkan melalui email. Kelik untuk mendaftar sebagai pengguna berdaftar. Pengguna yang telah mendaftar untuk web ini sebelum 25hb Julai 2010 perlu mendaftar sekali lagi.
Sekian terima kasih.
Presiden Protem
ROSTAM WAHIDIN
|