Search

Follow Us

Bahrin Kasri kemalangan kereta di Saudi Arabia

 

Bahrin Kasri, batch 1975 memula kan tugas baru di ladang udang National Prawn Company sejak sebulan lepas. Sejak datang ke Saudi beliau sudah dua kali mengerjakan Umrah, alhamdullillah.

Pagi tadi jam 5.45, Bahrin Kasri memandu kereta jenis Caprice dari penginapan beliau menuju ke Mesjid besar di lading udang tersebut, untuk Solat Subuh berjemaah.

Tanpa di ketahuinya, di pertengahan jalan ada sebuah tractor kerosakan dan ada sebuah truck lain datang membantu tractor yang rosak itu. Oleh kerana headlight tractor yang rosak 'beam tinggi' Bahrin tidak dapat melihat truck yang berhenti di sebelah tractor tersebut, dan menghalang lalu lintas.

Dengan kelajuan 60km / sejam Bahrin melanggar truck tersebut. Gambar kereta selepas berlaku kemalangan tersebut seperti di bawah.

Dengan kuasa Allah, hamba Nya Bahrin yang di dalam Wuduk dan yang sedang berzikir mengingati Allah ketika menuju ke rumah Allah untuk sujud kepadaNya telah selamat tanpa sebarang kecederaan. Alhamdullillah.

Saya mendapat keizinan Bahrin untuk berkongsi cerita ini di sini, sebagai peringatan kepada kita semua supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau. Doakan lah kami di perantauan sentiasa sihat, selamat, dan sejahtera.Saya mendapat keizinan Bahrin untuk berkongsi cerita ini di sini, sebagai peringatan kepada kita semua supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau. Doakan lah kami di perantauan sentiasa sihat, selamat, dan sejahtera - Pak Pin