Search

Follow Us

Jersey Hilang!

"Jersey pasukan rugbi hilang!!!" Berita tersebar ke seluruh pelusuk asrama. Jeff, ketua pasukan keilhatan sugul di dormitari rumah merah. Rakan2 sepasukan duduk di birai katil katil berhampiran, terdiam melayani pelbagai kemungkinan.

"Habis macam mana Jeff? Final kita hanya dua hari saja lagi!" Chot, pemain sayap kiri bersuara. Semua mata tertumpu kepada Jeff, pelajar tingkatan lima pemain bertubuh sasa yang sering menyarung jersey nombor 10.

"Mr Williams said not to worry! Even if we have to play in our singlets, we will...and we will still be champions!" Kata Jeff, cuba menaikkan semangat rakan2 sepasukan, tetapi di masa yang sama cuba menyembunyikan kegundahan perasaannya sendiri.

"Siapa yang punya angkara ni agaknya?" Tanya pula Tahir, also known as the flying Tahir kerana kemahirannya sebagai scrum half pasukan.

Semua terdiam tidak mahu menjadi orang yang pertama membuat tuduhan.

"Aku rasa bukan kawan2 kita di sekolah ni!!" Kata Bidin, the full back. Nyata sekali dia begitu geram, dan bagaikan dia tahu siapa yang punya angkara.

"Tak baik menuduh melulu. Kita tak tahu sebenarnya, eloklah kita serahkan kepada pihak sekolah untuk menyiasat dulu!" Jeff sebagai ketua pasukan memainkan peranan,

Jeff masih mampu menyembunyikan kekecewaannya. Dia bukan kecewa kerana kehilangan jersey, tetapi kekecewaannya kerana di saat2 sekolah mara ke peringkat pertandingan ahir untuk menjadi Juara Rugbi Malaysia, ada rakan2 di sekolah yang tidak sama2 bersemangat juang dan setia kawan! Dia kecewa bukan kerana perbuatan rakan2 nya mencuri, tetapi kerana apa yang tersirat di hati mereka yang terlibat.

"Traitors!" Begitulah bisik hati Jeffri. Tanpa di sedarinya, dia telah menumbuk almari ketika hati nya membentak rasa marah tadi. Terkejut rakan2 nya, lantas mereka berdiri.

"Jeff, I think we better get ready for dinner now, and meet again after Prep !" Chot memberi cadangan sambil menepuk bahu ketua pasukannya. Jeffri mengangguk. Semua beredar ke dormitari dan rumah masing2.

Mr Williams sebagai coach telah melaporkan kes kecurian kepada Pengetua sekolah.

"I have checked, and also involved the headboy and the prefect team to check and investigate. Until now we have not make any progress towards finding the jerseys or the culprits!" Said Mr Williams when the Pengetua expressed his disappointments with the lack of precautions taken.

"Use the old jerseys then!" Asked the Pengetua, slightly raising his voice.

"Sir, the old ones are also gone!" Replied Mr Williams, his head hung sideway.

"Ermm, ask our boys to wear their singlets! I don't care what they wear, we must win the championship!" The Pengetua's voice was even higher.

"Yes, sir, we will become champion! But if you allow me sir, I wish to contact the ' Sahabat Sejati Sekolah''. They may be able to help!" Said Mr Williams almost in a whisper. Beliau tahu bagaimana sensitifnya persoalan itu. Pengetua seorang yang bangga dan tidak mahu di anggap sebagai peminta, baik dari persatuan murid2 tua atau dari kumpulan murid tua yang menamakan diri mereka 'Sahabat Sejati Sekolah'.

Pengetua tidak terus menjawap. Mr Williams semakin gugup.

Beberapa saat tanpa kata-kata bagaikan berpuloh minit di rasai oleh Mr Williams.

Bagaikan mendapat ilham baru, Pengetua bersuara, sambil tersenyum berkata, "Contact both the old boys association and the True Freinds of the School, and aceept whatever they wish to contrbute!!"

Mr Williams menyambut kata-kata dan senyuman yang terukir di bibir Pengetua itu dengan penuh kegembiraan. Dia, bagaikan mengerti apa yang tersirat di hati Pengetua. Pengetua tersenyum sinis. Kumis nipis di atas bibir terangkat-angkat bagaikan tercuit dengan apa yang di fikirkan oleh Pengetua, "We will really find out now who the true supporters of the school are!"

Malam itu selepas Prep, Jeff dan rakan berkumpul kembali di dormitari 5  di Red House. Suasana bertukar ceria, dan masing-masing tersenyum dengan bangga sekali.

"Ïtu lah aku dah kata, sekolah kita masih ada bekas pelajar yang prihatin!" Kata Jeffri menutup pengumuman yang dua set Jersi Rugbi baru akan di hantar oleh pembekal pda kesokannya, di atas sumbangan seorang sahabat sejati sekolah.

"We must win the final! For the school and for our old boys!" Kata Chot dan serentak mereka berdiri, merapatkan diri dan mencantumkan tangan masing2 di tengah2 bulatan.

"For the school, for old boys, for us!" Jerit mereka dengan penuh semangat sekali.

"Begitulah apa yang berlaku mak cik" Kata Jeffri menamatkan cerita kepada Puan Masitah, isteri kepada Haji Matsor . Kelihatan Puan Masitah menyapu air mata dari pipinya, namun ada senyuman terukir di bibirnya.

"Terimakasih anak kerana menyampaikan cerita di sebalik apa yang berlaku. Pak cik kamu tu memang siang malam asyik bercerita pasal pasukan rugbi sekolah. Dia sungguh bangga kerana sekolah yang dia cintai bakal menjadi juara!!" Tersekat-sekat suara Puan Masitah.

Jeffri dan rakan-rakan sepasukan Juara Kebangsaan Rugbi Malaysia semakin terharu. Kesedihan jelas di wajah mereka. Piala kejuaraan terletak di meja penyambut tetamu di depan bilik ICU Subang Medical Center. Kesemua mereka sempat menyarung jersey persalinan pasukan. Mr Williams dan Pengetua  di bilik mesyuarat melayani para pemberita. Kesemua mereka bergegas ke hospital itu sebaik saja menerima berita  kemalangan Haji Matsor di dalam perjalanan menuju ke pertandingan rugbi petang tadi.

"Kami bermain untuk menjadi juara demi sekolah, dan demi pakcik2 pelajar tua terutama pakcik Matsor yang menjadi sahabat sejati sekolah sejak begitu lama! Piala ini untuk pakcik Matsor! Semoga dia selamat Makcik!" Kata Jeff cuba menenangkan Puan Masitah. .

Di sudut ruang menunggu kelihatan Chot, Tahir dan beberapa pemain sedang membaca surah Yasin. Baru saja mereka selesai solat hajat. Sebentar tadi juga kelihatan Tuan Haji Zain, mantan Presiden persatuan murid tua memasuki bilik mensyuarat menyertai Mr Williams dan Pengetua sekolah. Menyusul beberapa minit kemudian ialah beberapa orang lagi ahli-ahli Sahabat-sahabat Sejati Sekolah. Ada yang datang terus dari Singapura,  Johor, dan juga dari Pulau Pinang.

"Aku hairan!" Bisik Jeff kepada Bidin yang berada di sisinya.

"Aku pun hairan juga!" Bisik pula Bidin.

"Apa yang kamu hairan? " Jeff menyiku Bidin.

"Aku pun hairan sama seperti yang kamu hairan!" Jawap Bidin bersahaja.

"Mana kamu tahu apa yang aku hairankan?" Jeff menguis kaki Bidin pula.

"You are wondering who the true friends of the school are, right? You are wondering why those who should be here are not here, right? " Masih bersahaja suara Bidin.

"Ermmm...." Hanya itu yang terdengar dari mulut Jeffri.

"Jeff, I have a secret!!" Bisik Bidin.

"What?" Tanya Jeffri, jantung nya berdegup kencang.

"I know who stolen the jerseys!" Bisik Bidin.

'"Don't tell me! I don't want to know!" Suara Jeff perlahan tetapi tegas dan keras. Hampir saja dia menendang betis Bidin.

"Ok, I wont tell, but they are not our friends in school!" Bisik Bidin, suaranya tersekat-sekat.

"Then who?  When did it happen?" Jeffri di hantui naluri ingin tahu.

"They are our brothers, our senior brothers! They came for a weekend with empty car boots. They left with their car boots full!" Bisik Bidin, kemudian menyambung, "Aku ternampak mereka membawa dari storeroom bilik guru ke kereta mereka di malam terahir mereka di sekolah!"

"Kenapa tak report!" Tegur Jeffri.

"For the sake of brotherhood....Aku ingatkan sebagai brothers, aku harus simpan rahsia!" Bisik Bidin, jelas kesal.

Ketika itu juga doktor pakar  keluar dari bilik rawatan. Dr Farid membuka face mask dan terus menuju ke arah Puan Masitah.

"Alhamdullillah Puan, Tuan Haji sudah sedar dan dia selamat. Kini sedang berehat. Tidak ada kecederaan dalaman, cuma kami akan membuat pembedahan di bahagian kaki dan punggung beliau apabila keadaan beliau bertambah stabil!" Kata Dr Farid.

Puan Masitah menekup muka dengan kedua tangan mengucap syukur kepada Allah.

Kesemua pemain pasukan yang baru saja menjadi juara kebangsaan rugbi malaysia serentak mengucap syukur, "Thank you Doktor!"

"Don't thank me, thank Allah!" sampuk Dr Farid, sambil tersenyum. Beliau menoleh ke arah piala di atas meja sambil berkata, "Haji Matsor tadi ada sebut pasal menjadi juara! Boleh saya bawa piala ini kepada beliau!"

Kesemua pemain sekali lagi serentak berebut2 untuk menghulurkan piala kepada doktor Farid!

Puan Masitah tersenyum sendirian. Beliau semakin faham kenapa suaminya begitu setia dengan ''brotherhood'' dari sekolah yang telah begitu lama di tinggalkan.