Search

Follow Us

Bila Bertemu Di Majlis Hari Raya Nanti...

Saya membaca pengumuman mengenai majlis sambutan hari raya STAROBA dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan! 

Bersyukur kerana dengan izinNya, akan bertemulah sahabat2 dan kerabat2 STAR dulu dan kini di bawah satu bumbung, duduk di satu meja dalam suasana gembira menyambut kemenangan kita berpuasa dan menawan nafsu selama sebulan! Alhamdullillah.

Bersyukur, kerana apabila bertemu, maka ada lah kesempatan untuk menghulur tangan bersalaman, dan dengan keihlasan di hati memohon kemaafan terhadap kesalahan yang sengaja dan tidak sengaja - maklumlah kita manusia yang tidak dapat lari dari saat2 lalai dan lemah, samaada dari perbuatan dan perkataan kita terhadap kawan2 atau dari hati kita sendiri yang terdetik dengan rasa marah, kecil hati, merajuk, dengki, dan apa jua bentuk emosi kemanusiaan lainnya. 

Di dalam rasa bersyukur itu, saya di datangi perasaan insaf mencuit-cuit di tabir hati. Pertamanya, saya sendiri tidak kurang berdosa mengumpat, mengutuk, memfitnah - secara sedar atau tidak, secara sengaja atau tidak. Saya juga insaf, yang saya sendiri ada ketika nya ber pra sangka terhadap niat murni dan usaha bakti rakan2 dan kerabat2 STAR dulu dan kini.

Lalu, di kesempatan ini - saya mengingatkan diri saya sendiri dan mendorong rakan2 dan kerabat2 agar beramai2 menghadiri  Majlis Sambutan Hari Raya STAROBA, dan mengambil kesempatan untuk menjernihkan yang keruh, yang gelap biar bersuluh, dan sama-sama lah bermaafan dan mengeratkan lagi hubungan kita - brothers and friends of STAR.

"Maaf Zahir Batin, dari saya yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara!"

Ariffin Mamat.