Lembu dan Sapi
"Lembu punya susu, sapi punya nama"
Melayu cakapnya berhias, sindir nya berkias
Yang tersurat nyata, yang tersirat bermakna
Senyuman Melayu, belum tentu suka
Tawa Melayu ada kalanya, mengata
Begitu pun sejak berzaman semua tahu
Sapi gah mendabik dada, yang berjasa ialah lembu!
"Bertelor sebiji riuh sekampung"
"Yang kuat berbunyi itu tin kosong"
dalam berseloroh Melayu menegur
pencak silatnya lembut teratur.
Telor sebiji belum tentu menetas
namun tin kosong di palu di pentas!
Apabila Melayu ingin bersatu
"Bulat air kerana pembetong,
Bulat manusia kerana muafakat"
"Yang berat sama di pikul,
yang ringan sama di jinjing"
Bukan ibarat,
"Lebai malang, menang sorak
kampung tergadai!"
Apa-apa pun
"Rambut sama hitam,
namun di dalam hati siapa tahu!"
Aku tuliskan di sini supaya tidak di lupa
warisan adat Melayu kita
berperibahasa mengucap bicara
yang tersirat lebih bermakna!
Harus di telan walaupun pahit
Melayu yang mudah lupa
"Seperti kacang lupakan kulit"
Ambil segalas, di pulangkan secalit!
Jangan begitu amalan kita
walau pun sudah berpangkat ternama
"Bagai sirih pulang ke gagang"
STAR menunggu kita menyumbang!
ps: Di Hari Raya Haji ni,
lembu sering menjadi korban!
"Selamat Hri Raya Eidil Adha buat semua!"
dari
Pp (Jeddah - 7hb November 2010)