Kita pelajar tua yang tidak muda lagi jikalau..!
Kita harus sedar kita ini bukan saja pelajar tua (Old Boys), tetapi pelajar tua yang sudah tidak muda lagi apabila...
> Kita masuk bilik tidur dan bukan lagi berbau perfume isteri, tetapi berbau minyak angin yang kita minta isteri sapukan di bahu dan belikat kita!
> Isteri panggil 'Abang' dan kita bawakan kepadanya 'Arang'.
> Kawan sekolah anak bongsu kita memanggil kita 'Atok!'
> Yang sepatut 'hitam' sudah 'putih' dan yang sepatutnya 'putih' sudah 'tiada'!
> Kenangan kita mengenai hero2 di padang rugby ialah Mat Hero, Wan Mamat, Mamat Taib, Pak Ngah Lias, Yusof Ali, Wahab, Jalil Yaakob, Taha the flying scrum half, Pak Din, Bahrin Kasri, Chad Ahmad, Linggam, dan pemain2 yang sewaktu dengan mereka2 ini.
> Sering mendapat jemputan perkahwinan, bukan untuk teman2 kita tetapi perkahwinan anak teman2 kita.
> Kita di minta oleh saudara mara kita untuk menjadi wakil dalam majlis pinang meminang sebagai 'orang tua' pihak keluarga.
> Bila naik LRT, penumpang yang sedang duduk terus bangun berdiri apabila kita masuk kerana tempat duduk itu bertanda, "Untuk wanita mengandung dan warga tua"
> Kita bangun pagi, dan yang tegang hanyalah urat tengkuk kita~!
> Apabila duduk kita susah nak bangun berdiri, apabila berdiri kita semput nak berjalan, dan apabila berjalan kita asyek ketinggalan~!
> Apabila duduk2 kita asyek tertidur, dan apabila tidur kita asyek berdengkur! Apabila berdengkur, isteri senang hati dan apabila dengkur terdiam, isteri khuatir kut kut kita dah mati~!
> Apabila anak perempuan minta iPad, kita ke kedai dan belikan satu pack SANITA~!
> Kita bertemu rakan2 STARobs dan kita seronok bercerita nostalgia (untuk kali yang ke tiga puluh lima) rombongan bas sekolah di pandu Pak Amri, atau Cokodok Pak Hasan, atau Nasi lemak Kak Melah, atau di kejar Head Master Pak Ya kerana ponteng subuh, atau manisnya senyuman cik gu Miss Pearly, atau menonton wayang di malam di dewan sekolah yang di mulai dengan kartoon Road Runner dan Mickey Mouse.
Dan, semestinya lah kita harus sedar kita tidak muda lagi jika kita bertemu seseorang dan dia perkenalkan dirinya sebagai STARIAN, batch 80s dan kita tidak mengenali nya!
>>>>Mungkin abu Haziq, Malekz, Sharifh, remove kelas, abang yaya, Bro Jimmy, Prof Lan Ali, dorm leader, Panglima Omar, MSalleh, guru pencen, Dorm, Tuan Kalut, dan rakan2 murid tua yang tidak muda lagi, boleh sambung senarai ini.....<<<<