Search

Follow Us

Selamat Tahun Baru, Wak~!

Kita hidup dalam masyarakat! Mahu tak mahu, ada kala nya kita terikut2 dengan adat resam dan budaya. Ada kalanya, kita terdesak untuk mengikut arus, lantas kita juga mungkin sama hanyut ke laut walaupun kita tahu sekiranya kita berkuatkan nekad dan istiqamah dan sanggup melawan arus, kita boleh selamat.

"Happy new year, wak!" saya sapa kawan lama. Janggutnya yang dulu hitam sudah mula putih. Dia tergamam, dan merenung saya.

"Pakpin, kenapa pulak awak pun mengucapkan selamat tahun baru. Kita orang Islam, eloklah mengutamakan Maal Hijrah sahaja!" Kata Wak, sambil mengurut2 janggut.

"Astaghfirullah...semoga Allah ampuni dosa saya sekiranya saya berdosa dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru tadi!" Jawap saya, spontan. Memang sebagai orang Islam, saya sentiasa mengharapkan keampunan Allah.

"Lama tak jumpa Wak! Bila ye last sekali kita bertemu?" Tanya saya.

Wak mendongak ke langit, cuba mengingati. Kemudian sambil tersenyum dia menjawap, "Rasanya last sekali tahun 2007, di Dubai!"

"Oh...jika tahun Hijrah, tahun berapa ya Wak? Nanti berdosa kita menyebut tahun barat mengikut kalendar orang kafir tu?" Saya tersenyum sinis, dan mula ketawa kecil, serta menepuk bahu nya!

"Oh...kena kan saya ya Pak Pin!" Katanya, menepuk balek bahu saya.

Kami beredar meneruskan hal masing2. 

To all FOS, "Happy New Year! May we always be under the blessings of Allah!" 

Apa pun yang kita lakukan, mulakan dengan niat, "Kerana mu Allah, dan kerana kami mengharapkan Keredhaan Mu!"

Tak perlu kita terikut2, atau berpura2.