Search

Follow Us

Siapa kah 'Dia?'

"Pak Pin, anta apa macam lama tak dengar berita?"

Aku menerima sms di atas daripada seorang teman STARob tengah hari tadi sewaktu bersedia menunaikan solat Zuhur. Ringkas tetapi cukup berkesan. Tidak ramai rakan2 yang mengingati kita ketika masing2 sibuk menguruskan kesibukan dunia masing2. Kadang2 kita bagaikan terlupa, FRIENSHIP just like LOVE is a verb! We need to work on it to keep it going.

Lantas, aku menjawap ringkas, "Ana terlalu busy dengan kerja. Now ana bersiap nak solat zuhur, nanti ana calling. Anta apa khabar?"

Malam ini sewaktu berehat2 bersama isteri sambil menonton TV dan berFB, tetiba di tegur oleh bro Jimmy. Sesekali berbual2 dengan rakan2 STAR mengubati kerinduan kepada zaman kegemilangan kita di Tiger Lane seketika dulu. Tanpa di rancang, dengan sendirinya perbualan segera berkisar mengenai seorang rakan kami - seorang yang kami umpama kan sebagai lilin, menerangi STAROBA am nya, dan batch beliau khususnya! Seorang rakan yang siang tadinya mengirimkan sms ringkas bertanya khabar...!

Pengirim SMS ringkas tadi, bagi aku adalah seorang yang istimewa. Persahabatan beliau tulin dan ihlas. Perhidmatan beliau kepada STAROBA merupakan pengorbanan - tanpa meminta balasan, tidak juga mengharapkan pujian. Walau ada segelintir mengutuk beliau kerana 'kenakalan' beliau, namun mereka yang kaki kutuk itu juga, jika mereka ihlas dengan diri sendiri harus mengakui perumpamaan rakan kita yang seorang ini bagaikan LILIN amat tepat sekali.  Beliau menerangi ... memberi cahaya kepada FOS, dan merupakan satu2 yang telah terbukti bejaya menghidupkan forum website STAROBA sebelum sejarah AGM yang telah berusaha menghembus angin 'perubahan' dan mematikan lilin yang sekian lama berkorban.

Angin 'perubahan' ....konon! Tetapi, saya menulis ini bukan mengenai angin 'perubahan' itu. Fokus saya ia lah terhadap seorang sahabat istimewa yang diamnya berisi, bisingnya menghibur, tulisannya membina, senyumannya menyimpan rahsia, tawanya menyembunyikan hati yang terluka, dan pengorbanannya....tidak mengira masa!

Aku tidak menulis namanya di sini. 

Dia, akan tahu siapa dia, dan kepadanya aku ingin memberitahu, " Thank you...for being YOU!"

Kepada rakan2 FOS yang mungkin mengenali beliau - Lilin yang terus bercahaya walaupun di hembus dengan angin yang cuba mematikan - marilah sama2 kita doakan beliau terus di beri kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan, dan inshAAllah, semoga beliau akan menjadi insan yang lebih istimewa di sisi Allah!