Perjumpaan Batch 75 (Penang) Di Seberang Jaya
Perjumpaan informal Batch 75 yang bermastautin di Penang telah diadakan di Medan Ikan Bakar Seberang Jaya pada 7hb Ogos untuk meraikan Husin Ali (tak taulah nak meraikan pasal apa, samada dia dah dapat Dato' ke ataupun dia kahwin lain). Bagaimanapun ini adalah message dari Pauzi Dollah mengenai perjumpaan tersebut:-
Di Medan Ikan Bakar Seberang Jaya pada 7/8/2010
Husin Ali tak semena2 call kami pada pagi hari tersebut (Sabtu) bahawa beliau mau datang Perai nak jumpa semua kawan2 di Perai. Jadi kami di sini pun ingat apa hal sudah jadi dengan Husin Ali. Kalau biasanya tidak dapat kami hadir sebab short notice dan kami ada hal masing2. Tetapi Zanudin ingat apa hal lah Husin Ali ni.. entah2 dia buang tebiat dan sudah mau mati. Jadi kami pun semua mai. Tinggal habis kerja hak mana ada.
Yang tak mai hanya Abu Hassan Darus sebab masa tu dia ada di Langkawi. Cik Gu Wahid Basar pulak sibuk dok right kertas periksa budak2 sekolah..

