Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Piala Premier Peringkat Kebangsaan: STAR Kalahkan SMSAH 38-0

Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Piala Premier Peringkat Kebangsaan (National Rugby Inter School Premier Cup U20 Finals) sedang diadakan di Padang STAR dari Julai 27 hingga Julai 29 2010.
Petang tadi STAR telah mengalahkan SMSAH 38-0. Friends of STAR telah menjamu pemain-pemain STAR dengan "supper" khas sebagai menyambut kemenangan ini. Tahniah kepada pasukan STAR!
Kali terakhir STAR memenangi trofi ragbi peringkat kebangsaan ialah pada tahun 1975 untuk U20 dan 1981 untuk U15.
Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Royal Military Colege (RMC), English College, Sekolah Menengah Yahya Petra, dan Sabah College.
Pada pagi esuk STAR akan bertemu dengan Sekolah Menengah Yahya Petra, Kelantan. Perlawanan akhir akan diadakan pada pagi Khamis 29hb Julai.
Gambar: STAR v SMSAH