Hari Kokorikulum/Makan Malam Kelab Ragbi
Hari Ko-korikulum telah dilancarkan oleh YB Dato' Hamzah Zainudin pada hari Khamis 11hb November, 2010 bertempat di Dewan Besar STAR. Dalam ucapannya Dato Hamzah telah bersetuju untuk membiayai beberapa projek yang telah diminta oleh Hj Hashim, Pengetua STAR. Dato' Hamzah telah berjanji akan membiayai bersama-sama dengan Friends Of STAR perlawanan di luar negara untuk pasukan ragbi sekolah jika pasukan ini menunjukkan kejayaan demi kejayaan.
Dato Hamzah juga telah mengarahkan Friends Of STAR membiayai pembelian peralatan pasukan hoki bernilai RM5,000 dan beliau juga telah meluluskan beberapa peruntukan lanskap untuk sekolah.
Upacara utama ialah penyampaian "school colour" kepada ahli-ahli sukan STAR. Kemudiannya Dato Hamzah telah menyampaikan dermasiswa tahunan kepada 3 orang pelajar miskin yang cemerlang dalam bidang sukan. Dermasiswa bernilai RM500/orang telah ditaja oleh Friends Of STAR. Pada pengakhir majlis En Rostam Wahidin telah menyampaikan cek bernilai RM11,820.00 kepada Pengetua, Hj Hashim untuk mebiayai pembinaan gate baru STAR.
Pada malam harinya buat julung-julung kali Kelab Ragbi telah mengadakan Majlis Makan Malam yang ditaja oleh Friends Of STAR, Beberapa cenderamata telah diberikan kepada pemain-pemain sekolah. Bagaimanapun, perkara yang amat menarik perhatian pelajar ialah ucapan motivasi oleh Sdr Mansor Awang, olahragawan 1974.

Sambutan gemilang untuk Dato' Hamzah

Brother Jimmy menyampaikan "mock cheque" pembinaan pintu pagar sekolah

Sdr Chot Awang berucap semasa Jamuan Makan Malam Kelab Ragbi