Search

Follow Us

STAR menang Piala Arshad Ahmad

 

Perrlawanan yang telah diadakan pada 2hb Apr di Sekolah Alam Shah telah dimenangi oleh STAR. Pemain dari STAR telah juga memenangi hadiah pemain terbaik untuk pertandingan ini. Keputusan penuh perlawanan adalah sebagaimana berikut:-

Bawah 18: STAR 31 SAS 7

Bawah 15: STAR 12 SAS 7

Tahniah kepada kedua-dua pasukan STAR. Hadiah telah disampaikan oleh Sdr Arshad Ahmad. Perlawanan ini telah dibiayai oleh Friends Of STAR.

Arshad Ahmad adalah bekas pelajar batch 74 (1969-1974) dan merupakan salah seorang pemain ragbi handal pernah menuntut di STAR. Beliau adalah dari rumah BIRU dan pernah mewakili pasukan ragbi senior Malaysia dan pernah menjadi jurulatih pasukan ragbi senior Malaysia. Piala Arshad Ahmad merupakan sebuah piala untuk mengenang jasa-jasa beliau kepada STAR dan juga Sekolah Alam Shah. Pada satu masa dahulu Arshad merupakan jurulatih pasukan ragbi Sekolah Alam Shah (beliau pada masa itu menjadi guru kanan di SAS) dan semasa beliau menjadi jurulatih SAS, STAR selalu kecundang bila menghadapi SAS. Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Chat dan berasal dari Kedah.

Gambar: Pak Chat dalam pose istimewa, gambar kedua Piala Arshad Ahmad

Click here to see more photos