STAR, SBT dan TPM
STAR telah diumum sebagai salah satu daripada 23 buah sekolah yang dinobatkan sebagai SBT pada hari ini. Penulis berkesempatan membuat pesanan sms kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mengucapkan terima kasih terhadap penghargaan yang diberikan kepada STAR dan memaklumkan kepada beliau bukan hanya penulis bersekolah di STAR malahan juga empat(4) orang ahli MT UMNO iaitu Dato Hamzah Zainudin, Dato Awang Adek, Dato Idris Jusoh dan Dato Zainal Abidin juga adalah bekas pelajar STAR dan mereka juga turut berbangga akan kejayaan tersebut.
Pada hari ini di dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin keitka mengumumkan STAR sebagai SBT beliau sempat menyebut di STAR beliau mempunyai ramai kawan yang pernah bersekolah di situ. Beliau juga sempat berkata, mulai sekarang akan ramailah ibubapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke STAR. Pengetua STAR, Tuan Hj Hashim Karim juga turut menjadi tumpuan selepas statement yang telah dibuat oleh Menteri Pelajaran kerana hanya nama STAR dan tuan rumah iaitu Sekolah Ulu Lubai telah diberi lebih perhatian di dalam ucapan Menteri Pelajaran.